Isnin, November 24, 2008

Laporan SPPM...22/8

Buku Bio

diriku membuat alasan nak tolong ayah berkhidmat keluarga...jadi hanya ummi dan ukhti saja yang pergi ke sekolah untuk mengambil laporan SPPM(macam report card)...

tak berapa lama...mereka pun pulang...sekejapnye...ummi pergi pagi2 jam 8.35++...belum ada ibu bapa pelajar lain yang datang...kerna dalam surat mengatakan bermula jam 9 pagi...sebenarnya ummi dan ayah kena berangkat ke KL jam 9++ pagi kerna ada urusan....

gambar hiasan...agak2 ar add math nak ada buku rujukan

Ummi memulakan kalam dengan mengatakan diriku ada FAILed dua subjek yang agak mudah...Add math & BIOlogy...~hhuuussshhh... pelajaranku merudum nampaknya....

Dan kini aku telah membeli sebijik buku pelajaran yang aku masih tak belajar di sekolah...iaitu

buku di atas hiasan je..aku beli buku lain...

Buku Prinsip Akaun...mungkin sekadar nak lihat-lihat atau serius atau memang minat atau nak drop yang sedia ada atau tambahkan list subjek SPM aku...tak tahu lagi....

ku termanggu dengan kata-kata

''Punca utama seseorang tidak mencapai kejayaan adalah kerana TAKUT…”

Ahad, November 23, 2008

Kaka'-VanNistelrooy-Fabregas

Sebelum membaca benda-benda yang tak penting sangat di bawah ni...baca post ni lu...Aboutreika: Atlet Kebanggaan Umat !!


Kaka':boot aku sama macam yan nyer


ya..mereka ialah pemain bola sepak yang bertaraf bintang dan masing-masing bermain untuk kelab-kelab yang ternama.

Kaka' berwarnegara Brazil bersama AC Milan yang bertapak di Italy dan bersaing dalam Serie A.
Van Nistelrooy dari Belanda untuk Real Madrid yang bertapak di Sepanyol dan bertanding dalam La Liga.
Manakala Cesc Fabregas yakni dari Sepanyol yang bermain untuk Arsenal yang berpusat di utara London dan senantiasa memburu gelaran Premier League.

******

di sini diriku yang agak gi**r bola nak memberikan coretan pendapat bagi arena bola sepak...


AC Milan...musim 07/08...sering kali tumpas...kalah peringkat kalah mati di tangan Arsenal yang bersenjatakan Fabregas...mendapat tempat kelima dalam saingan Serie A dan tak mendapat tempat dalam Champions League...walaupun mempunyai pemain yang pernah memenangi pemain terbaik FIFA...
Sekarang...di tangga kedua teratas Serie A mengikuti rapat lawan yang berkongsi home ground yakni Inter Milan...walaupun kalah pada fixture pertama...Ronaldinho melangkah masuk...Dua pemain Arsenal yang turun padang ketika Arsenal membantai AC Milan 2-0 turut melapor diri iaitu Flamini(kontrak 4 tahun) dan Senderos(loan)...kini melalui laluan mudah dalam saingan UEFA Cup...mungkin jua David Beckham akan menunjukkan mukanya selama 3 bulan dalam tempoh MSL di Amerika berehat...

Keputusan perlawana terkini...AC Milan hanya mampu mengalahkan Chievo yakni kelab yang berada di tangga terbawah Serie A dengan 1-0 daripada spot penalti yang disempurnakan oleh KAKA...dan sekadar seri 2-2 dengan Torino...aikk...merudum balik...memang benar kata paltel yang Serie A jauh lebih bosan daripada EPL dan La Liga...

********


Real Madrid...musim 07/08...juara La Liga...ke-38 kot...sering menumpaskan musuh tradisi Barcelona(yang merupakan tanah kelahiran Fabregas dan pernah diwakili oleh rakan sepasukan Kaka yakni Ronaldinho...)


Kini...kalah kepada kelab divisyen ketiga dalam saingan Piala Sepanyol...Kalah di tangan Juventus yang serangan diketuai oleh Del Piero*dengan agregat 4-1 di tempat lawan mahupun di tempat sendiri...menang nasib dengan dua penalti kepada Malaga dan kalah kepada Valladolid 1-0...ketiadaan Van Nistekrooy yang menghadapi kecederaan lutut dan terpaksa diketepikan sepanjang musim mungkin penyebabnya...tapi bagaimana dengan rakan senegara yang turut bermain dalam kelab yang sama seperti Wesley Sneijder,Robben dan Van der Vaart...mereka tak leh memberikan impak yang positif...

*******

Namun...zaman ketakkonsistenan bagi AC Milan mungkin dah berakhir untuk musim ni...begitu jua dengan Real Madrid yang masih boleh di'rating' 3/5 dan masih ada harapan besar untuk menggapai gelaran La Liga lagi selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Recreativo Huelva yakni kelab yang berada di tangga tercorot La Liga.

.
How about Gunners???...yang d'manage' oleh Arsene Wenger selama 12 tahun...
pernah memenangi FA Cup dan Premier League sekaligus...pernah memiliki pemain top star seperti Thierry Henry(Barcelona), Patrick Viera(Inter Milan) dan Robert Pires(Villareal)...dan kini mempunyai pemain muda yang mungkin dan hampir untuk untuk standing in the eyes of the world seperti Theo Walcott yang menjaringkan hatrick untuk England ketika menentang Croatia di Zagreb, Cesc FABREGAS yang kini menjadi playmaker di Arsenal dan mendapat Young Player Award musim lepas serta pemain terbaik Arsenal musim lepas, Emmanual AdeBayor yang kini mencuba meledakkan gol seperti mana yang dilakukan oleh penjaring gol terbanyak Arsenal, Henry di posisi yang sama dan pendatang baharu yang bergelar muslim iaitu Samir Nasri...yang dikatakan Robert Pires yang baharu oleh Arsene...
Musim 07/08...Arsenal hanya kalah tiga kali dan kesemuanya bukan di Emirates yakni home ground mereka...dan berjaya meletakkan diri di tempat ketiga hanya 4 mata di belakang Setan Merah...Selepas pemergian Flamini,Hleb(Barcelona) dan Gilberto Silva(Panathinaikos)...Arsenal tampak sedikit goyah di bahagian tengah dan menyebabkan bahagian pertahanan terpaksa bekerja keras menangkis bola dari posisi yang bahaya...


Arsenal mungkin nampak hebat di persada saingan lain seperti Carling Cup yang berjaya menumpaskan Sheffield United dan Wigan dengan clean sheets 6-0 dan 3-0 respectively dengan hanya memainkan pemain-pemain muda purata umur 19 tahun dan mengepalai Group G dalam Champions League dengan 8 mata unbeaten setakat ini...Namun di dalam Premier League, Arsenal menderita dengan 5 kekalahan setakat ini dan berada di tangga ke 5 di belakang Aston Villa yang sedang berusaha mencuri tempat untuk Champions League pada musim hadapan daripada Arsenal...Arsenal kalah di tangan dua kelab yang baharu masuk dalam league iaitu Hull dan Stoke...Kalah di tangan Fulham, Aston Villa dan Manchester City yang kalau diikutkan rekod2 terdahulu, Arsenal sentiasa menang....ditambah pula dengan masalah dalaman kelab dan pergaduhan antara pemain sama sendiri...tambahan juga dengan ketiadaan Tomas Rosicky yang hanya dijangka akan kembali tahun depan dan Theo Walcott yang baharu sahaja mewujudkan namanya dalam list injury selama 3++ bulan...Ini semua mungkin menjadi 1001 sebab mengapa Arsenal kehilangan satu benda yang berharga yakni CONSISTENCY...

FranCesc Fabregas

*********

AC Milan, Real Madrid dan Arsenal...Inconsistency ini pernah atau sedang dihadapi oleh ketiga-ketiga kelab world class ini...Apa dah jadi???dengan dunia bola sepak kini...
Kaka kini memburu anugerah pemain terbaik FIFA dengan Cristiano Ronaldo...Van Nistelro0y yang kini menghadapi long-term injury...dan Fabregas yang berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan kelabnya yang kini menderita...atau sekadar berpindah ke kelab catalan asalnya jika kelabnya kini tidak mampu memiliki apa-apa silverware...

KAKA_VAN NISTELROOY_FABREGAS...walaupun mereka ini mewarnai bola sepak namun sukan ini tetap kelihatan menarik walau camane pun...kot...

**********


Berita Hangat kepada mereka yang tak ambil perhatian kepada bola sepak luar negara tetapi begitu patriotik kepada sukan negara kita...Malaysia kini di tangga ke 151 dalam ranking FIFA...yakni naik 21 anak tangga dari dulu 172...walaupun masih berada dalam lingkungan 3 angka tapi ada la gak peningkatan nye yek...siap ada jersey and kit baharu lagi yang ditaja khas oleh sport brand yang bermotokan Just Do It yakni NIKE.



Ahad, November 09, 2008

raya>exam>holydays

paper terakir pekse:BAT...marwan tgh jawab dengan tekun..sama ada mudah atau senang

masa berlalu begitu pantas...zaman persekolahan untuk aku bergelar budak form4 tamat...
ahh...rasa tak puas lak bersekolah tahun ni...kejap yang amat...tapi nak buat camne...
inilah KEHIDUPAN...

masa macam ayamas yang masih panas...
kejap je dah abis...


~huussh...sekolah aku diberi cuti akhir tahun yang agak awal kerana bangunan sekolah nak digunakan untuk exam SPM...hatiku cuak gak apabila mendengar huruf yang dimulai dengan S dan diakhiri dengan M dan ditengah-tengahnya ada huruf P...walaupun lambat lagi...lambat ape.. setahun je lagi...

abg2 form 5 SPM '08

cuti...walaupun agak sibuk dengan keje yang wajib buat...tapi masih banyak masa yang perlu aku isi untuk menjadikan cuti ni yang terbaik buatku...macam ramadhan ar...mesti kita nak yang paling BESt...kalau masa yang sebenarnya panjang dibiarkan berlalu saje...selalunya terasa pendek berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa ni...

aku mengharap cuti ni dapat aku jadikan untuk lebih kenali diri aku yang sebenar bukan dengan hanya mengelamun dan bajet berpikir tapi isi masa ku dengan bende-bende yang sememangnya sesuai dan 'giler' untuk remaja...dan insyaAllah kalo plot kehidupan aku berada dalam keadaan klimaks, biarlah ia menceritakan aku yang sedang mencari cahaya...dan seterusnya menggapainya...

tercari-cari cahaya itu...