Sabtu, Januari 31, 2009

abg sayang... adik2!!



"sebab ape?! sebab apa abg buat cam ni?! sebab abg sayang...adik2!!"

*********

tika usrah...diriku sering bertanyakan khabar mereka tuk lebih mengenali...cuba...cuba untuk memahami mereka...memahami hati mereka...membantu mereka...membimbing mereka...


sebagaimana seorang ayah yang memahami kerenah anaknya...pabila anaknya buat kepala...maka wajib untuk sang ayah mencegah sama ada dengan teguran, nasihat, amaran atau apapun tindakan yang wajar...macam tulah gak diriku...yang senior...yang sering dipanggil ABANG...patut demi kesedaran adik2...demi tak nak melihat adik2 ikut jejak abg yang agak hipokrit dan pada umur seperti adik2 dulu masih terngiang2 dan tak mempamerkan kematangan di usia yang sudah remaja...masih tak mengerti keadaan dunia remaja...

"Abang nak adik2 tolonglah hormat mlm dan mlmh...kita sebagai orang yang belajar...yang menuntut ilmu daripada mereka...layakkah kita kurang ajar pada mereka...jgnlah kurang ajar pada guru...kalau tersakitkan hati guru...cepat2lah mintak maaf...carilah keBERKATan ilmu itu..."

"Abang nak adik2 cepat2lah memahami dunia menengah(remaja)...serius lebih sedikit...cuba..cubalah berfikir matang...tak pun berfikir untuk matang..."

"Abang juga nak adik2 tak main2 dalam solat...lagi2 solat jumaat...masa khutbah,janganlah bercakap apa lagi buat bising...janganlah biar adik2 yang lebih muda dr antum ikut kerenah antum yang bermacam-macam tu apatah lagi menjadi sampah(lebih teruk)..."

"dan yang paling abang harap...adik2 dapat kekalkan imej al-amin...kekalkan 2 benda yang berharga tu...jangan biarkan adik2 selepas antum sekadar menjadi buih2 di lautan al-amin..."

"Abang takut nak keluar dari al-amin...abang sayang kat al-amin....sayang pd penghuninya...sayang akan adik2...bila abang dah tak ada kat sini...abang nak adik2 pandai membawa diri mahupun kawan2...saling bantu-membantu demi ummah...jadikan al-amin sebagai tempat untuk menggilap mutiara yang terperangkap di dalam tiram diri adik2..."

"bila abang datang kat sekolah ni pada suatu hari...bila adik2 dah bergelar senior...abang nak tengok al-amin ni dah S.M.A.R.T.=

Seimbang&Steady.Mantap.Aman.cemeRlang&maRa.Teguh lagi Tenang. "



"abang tak kisah kalau adik2 tak menghormati abang ni...tapi tolonglah jgn pada guru2 apatah lagi pada Sang Pencipta...abang nak mintak maaf kalau abang ada buat salah ataupun sakitkan hati ke...abang ASIF... kalau adik2 benci abang pun abang tak kisah...tapi abang sayang...ADIK2..."


*********

dedikasi kepada juniorku...:

terutamanya: anak buah usrahku

0.Aizuddin
1.Wan Adham
2.Ridhuan Hanif
3.Sofwan Afifi
4.Muhammad
5.Amzar Syimir
6.Ikram

dan adik2 form2 2009


Isnin, Januari 26, 2009

Me.Pals.Portdickson. was here...


januari 24-25 09...
M.P.P to me is for Me.Pals.Portdickson but it might be represent Majlis Perwakilan Pelajar...

terukir MPP was heRe di pantai Port Dickson...

***********

jam 2.05++ ptg...ku melangkah masuk ke perkarangan sekolah yang masih tak jemu untuk aku melangkah kembali...ku yang ditugaskan untuk membawa khemah dan seangkatannya telah disambut mesra oleh kengkawan seperjuanganku..lam,j0e,manPal&yore....

upload lu...pjlnn jauh...

tak lame pastu barulah nampak yan dan paltel...biasa ar 0rg melayu kot...
last check-up brg2...
sblum gerak...kami menadahkan tangan dan memohon kepada yang berhak dipohon supaya perjalanan kami selamat dan diberkati...insyaAllah...

Ya Allah...kau berkatilah perjalanan ini...

lps tu, ape lg...maju ar....

our trustworthy dr***r

on the way 2 da peace of mind

mula2 kiteorg grk g sg tekala tapi dapat tahu bhw camp site nye sebatu dr sungai...dan akan ditutup pukul 7 mlm...what da?!...so sebulat suara kami mengatakan

" PD HERE WE COME!!!"

kami meletakkan target untuk sampai di PD pd waktu maghrib...
dalam perjalanan:
suatu ujian bagi deria bau...

selepas hampir sejam di jalan raya...kami(lam) memesongkan stereng ke arah rest area R&R...
di situ...kami solat asar dan...
KU dan Lam membasuh ayam; 4 ekor bai...

Menumbuk rempah untuk 'marinate' ayam..



marinate ayam...purrgghh..aromanya...

blkg van jadi dapur kami


kami meneruskan kemaraan kami ke PD...
dan akhirnya...
at last PD!!!

kami unpack brg2 dan...
diriku_dirikan khemah

BarBeQue...ayam 4 ekor,sosej,burger cap azmi...purghh..

bila la ayam aku nak siap ni...

pabila ayam ,sosej and burger siap, kami menyimpankan makanan tersebut di dalam tempat yang paling selamat yakni perut kami...kemudian kami pergi ke garisan di mana air boleh mencecah di garisan itu pada waktu air pasang...dan....

nyalakan unggun,marshmallow on& jamming...


kami memenuhi malam yang panjang dengan bercerita@berbincang tentang hal2 di sekolah, pikir masalah, memori dan ceritera ataupun cerekarama masing-masing sekaligus kami lebih mengenali sesama kami... di situ adanya gelak ketawa mahupun sekelopak air di hujung mata...

**********

jam menunjukkan pukul 2.30++ pg...bagi kami malam masih muda...padahal dah menguap banyak kali yang puratanya seminit satu keNGUAPan...sehingga...

kAMi terzzz di atas pasir...pepagi sejuk....

esoknya...ombak menjadi jam loceng kami apabila kami merasakan air menggeletek di hujung kaki kami...SUBHANALLAH...air depan mata je...

kemudian kami beransur ke masjid yang berdekatan...

ha..inilah masjidnya...

lupa lak nak bagi tahu yang solat maghrib dan isya' pun kami dirikan di masjid ni gak...
kemudian, kami balik ke kawasan takluk sementara kami dan rendam2 kaki di cetekan air laut yang berombak....



kami ambil kata putus bhw kami akan membersihkan diri kami di sg tekala yang menjadi plan awal kami...so masa untuk pack brg2 dah tiba...

semangat utk keMANDIan...

kami breakfast di satu restoran mapley di sekitar kawasan sempadan semenyih...

"roti kosong dua!!! dal sambal...""teh tarikk satu"

di sg. tekala...kami mendaki bukit yang agak tinggi demi menenggelamkan diri kami di kawasan air yang lebih jernih dan kurangnya orang lain...di sana...apa lagi terjun ar setelah 24 jam tak mandi...then KU memberi amanah kepada dirinye sendiri dan MPP yang lain untuk melakukan 500 tekan tubi.. kalau tak abis, tak boleh balik dulu..ar...LoL+XD(511 sbnrnye kata paltel)

"496,497,498,499.....500!!! siap...."

tengahari..barulah pulang...~huuusshh....bermulanya rase keCAPEKan dalam diri..


moga OUTing kami ni memberi kami semula kekuatan semula dalam diri.. untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang penuntut ilmu di sekolah...

Jumaat, Januari 09, 2009

yang pertama untuk 09

alhamdulillah...akhirnya ku mendapat kekuatan gak untuk menggerakkan jari-jemariku menaip post ni...

2 minggu sudah berlalu...ini yang pertama untuk 09...

diriku kembali menjejakkan kaki ke sekolah yang ku amat sayang dan ku sedikit terharu mengenangkan memoir aku dan sekolahku ini...ku antara yang setia (10 tahun di institusi ini)... ada sedikit bangga yang beralun dengan syukur dalam diri ini kerana ku insan yang terpilih dan amat bertuah untuk berada di sekolah yang dihiasi dengan 2 benda yang indah yakni Biah Solehah dan Tarbiyah...

*******

ku mengorientasikan diriku untuk tahun ini kerna ku telah bergelar senior dan seringkali dipanggil ABANG... ya aku cuba membiasakan biah itu....ku mula berfikir dan bermonolog kepada diriku dengan tanda tanya...'apakah sumbangan ku untuk sekolah yang aku langkahkan kakiku tiap2 hari ini???apalah sangat yang aku sumbangkan...

'apa yang aku dapat di sini?!selama 10 tahun di sini...sejak dari ku baru bergelar mumaiyiz sehinggalah ku sekarang yang sepatutnya bersikap lebih matang dewasa ini... adakah aku akan AMALkan apa yang aku tahu ,apa yang aku belajar???sedangkan AMAL itu merupakan kalimah ketiga tertera di motto sekolah ku ini...berILMU berIMAN berAMAL...dan lagi penting adakah ketiga-tiga ini sudah menjadi satu batian dalam diriku...??


ini tahun terakhir untuk aku bergelar seorang insan yang menuntut ILMU di institusi AL-AMIN...tapi adakah aku benar2 mengerti erti menuntut ilmu itu sendiri.......dah 10 tahun dah aku di sini...menuntut ilmu la konon...tapi adakah aku menuntut ilmu atau sekadar menjadikan sekolah ku ini sebagai tempat rutin untuk aku singgah tiap2 hari...~hhhuuusshhh....hakikatnya ku kurang sekali memperbaharui niatku ke sekolah....

********


bagaimana pula ngan hak teman seperjuanganku dan tenaga pengajar...adakah aku telah memenuhkan 'tupperware' pembelajaran ku di sini dengan menjalankan hak2 mereka... ku menjawab persoalan yang ber'option'kan ya atau tidak dengan mem'bulat'kan pada tidak
ku yakin ku belum sepenuhnya...masih sempatkah aku....????yang lebih penting lagi aula...
ku ingin mencari lantas memperolehinya...di mana keberkatan itu...???

*******

ku masih merenung dalam sambil bertontonkan sebuah bangunan tiga tingkat yang aku sering banggakan itu...