Sabtu, Disember 27, 2008

nun di benua kecil tu


12-28 dis...kakiku berpijak di bumi tuhan yang sama tetapi di benua yang satu itu...
30 darjah celcius pada siang hari di sana menjadikan hidup seperti di negeri sendiri namun humidity yang kurang yang membuatkan kulit kering dan tiada wap kepeluhan keluar dari badan mungkin satu kelainan...alhamdulillah angin yang sepoi~sempoi bahasa membuatkan diri seperti berada di bilik yang mempunyai penghawa dingin@pendingin hawa jenama LG yang terpasang pada suhu 22 darjah celcius...agak nyaman...

*******

benua itu...terletak di hujung dunia...(5jam 10 minit naik pesawat MH 126 747 yang berkapasiti +/-258)...siangnya agak panjang berbanding dengan malamnya...mana taknya...

waktu solat bagi kawasan Perth, WA, Australia dan kawasan2 yang sama waktu dengannya:

Subuh: 04:30
Zuhr: 13:15
Asr: 16:58
Maghrib: 20:20
Isya': 21:58

waktu siang: +/-15 jam

apende lagi nak cite ar...blur lak...ni je la dulu...
rumah agak berhabuk selepas ditinggalkan...
kena gotong-royong bersihkan rumah...

bersambung...kalo rajin ar

Khamis, Disember 11, 2008

Dhuha di Adha


ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR

LAA ILAAHA IL ALLAHU WALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR WALILLAHILHAMD

terdengar satu irama yang sungguh merdu amat...ku cuba mengikuti dengan gerak bibirku...
ternyata sungguh indah pabila dialunkan...terasa bahagia menyentuh di hari...

tujuh kali takbir+lima kali takbir dan di antara tabir dihiasi dengan zikir nian...solat sunat yang UNIK bagi menyambut hari yang ada al-an'am untuk dikorbankan...

Jua bagi mengingati peristiwa Nabi Ibrahim 'alaihi salam yang diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih(korban) putera baginda sendiri yakni Nabi Ismail 'alaihi salam...mak bapak mana yang sanggup korbankan anak sendiri lagi2 dengan cara sembelih...

tapi diriku pada hari itu..hanyalah di depan TV(nasib baik most of the program & rancangan yang disiarkan mempunyai mesej dan boleh mendatangkan insaf di hari yang boleh menginsafkan ini...)...sambil makan lemang dengan rendang + nasi impit berkuahkan kuah kacang...
~Huussshhh...kurangnya syukur ku ini....

10 Zulhijjah 1429h

********


pemergianmu telahku duga sejak dari awal lagi...
kesedihanmu boleh ku baca pabila melihat matamu yang sedikit dilopak air mata
menantikan saatnya...

pabila melihat sahabatmu satu persatu korban di hujung pedang(pisau/parang)
dirimu pun tahu nasibmu bakal serupa sahaja...
namun engkau tetap rela darahmu mengalir...oleh tangan manusia yang belas kasihan...
namun engkau sanggup demi tuntutan agama...

Didedikasikan kepada lembu,kambing,unta atau seangkatannya yang syahid demi agama...

Khamis, Disember 04, 2008

Ada sale!!!


Jualan murah!!! Jualan jimat!!! Save and safe!!!20%....40%...50%....70%....BELI 1 PErcumA 1... Saving pack...Best Buy....

2 Dec 08...
Kuargaku dan diriku are gunning for the sale...sampai di KL jam 9.30++pg...rehat2 jap kat sebuah villa (ntah sape nyer ah) dan pergi ke J Jusco Taman Maluri(dekat2 ngan rumah nenek yard)...Ada Sale bai...di situ kuargaku menghabiskan masa sehingga jam 1 petang agak2 3jam ar dengan diriku bersyukur kerana mendapat sehelai seluar yang ada potongan harga sebanyak 50%...hu..separuh harga tu...

Kemudian pergi makan kat restoran Velrodrom* (tempat lumba basikal track) hu...walaupun panas dan ramai manusia di situ..tapi layan gak ar masakan kampung...hu...dengan air tembikai gelas besar...average satu kepala makan kat situ:RM 5...

Lepas tu berehat di kantor ayah sambil ayahku ada meeting yang bajet kejap je(Durasi meeting:2++jam)...tapi ku paham bangat karena ayahku bekerja untuk diriku dan kuargaku hidup...

Bila dah abis meeting...jam menunjukkan dah pukul 5 petang...ayahku berkata"dad pukul 5 dah...jalan dah 'jam' kalau nak pergi Ampang Point tak sempat...jom balik!"

Ampang Point

mengikut perancangan dalam proposal...kami sekuarga sepatutnya singgah di Ampang Point untuk men'touch-up' barang2 yang tak dijual di Jusco tadi...

di atas toyota ISIS...ku rehat agi...hu...tengok KL yang agak sibuk bangat...ku bermonolog dalaman" camne la hidup kat KL ni??"~Huuusshhh

******

Malam tu...Ummi dan Ukhti tak sempat nak memasukkan sesuatu ke dalam kuali@periuk untuk menghidangkan makan malam...tepakse la kuar lagi...

ayahku ada liqo' sekejap ngan kawannye...sambil diriku dan kuargaku yang lain round Bintang(Warta)...ku tambahkan koleksi barang yang boleh dipakai dengan membeli barang yang boleh dipakai di badan...shopping lagi...

lepas tu... baharu la gi makan kat restoran depan kompleks PKNS....
lepas tu balik....

Isnin, November 24, 2008

Laporan SPPM...22/8

Buku Bio

diriku membuat alasan nak tolong ayah berkhidmat keluarga...jadi hanya ummi dan ukhti saja yang pergi ke sekolah untuk mengambil laporan SPPM(macam report card)...

tak berapa lama...mereka pun pulang...sekejapnye...ummi pergi pagi2 jam 8.35++...belum ada ibu bapa pelajar lain yang datang...kerna dalam surat mengatakan bermula jam 9 pagi...sebenarnya ummi dan ayah kena berangkat ke KL jam 9++ pagi kerna ada urusan....

gambar hiasan...agak2 ar add math nak ada buku rujukan

Ummi memulakan kalam dengan mengatakan diriku ada FAILed dua subjek yang agak mudah...Add math & BIOlogy...~hhuuussshhh... pelajaranku merudum nampaknya....

Dan kini aku telah membeli sebijik buku pelajaran yang aku masih tak belajar di sekolah...iaitu

buku di atas hiasan je..aku beli buku lain...

Buku Prinsip Akaun...mungkin sekadar nak lihat-lihat atau serius atau memang minat atau nak drop yang sedia ada atau tambahkan list subjek SPM aku...tak tahu lagi....

ku termanggu dengan kata-kata

''Punca utama seseorang tidak mencapai kejayaan adalah kerana TAKUT…”

Ahad, November 23, 2008

Kaka'-VanNistelrooy-Fabregas

Sebelum membaca benda-benda yang tak penting sangat di bawah ni...baca post ni lu...Aboutreika: Atlet Kebanggaan Umat !!


Kaka':boot aku sama macam yan nyer


ya..mereka ialah pemain bola sepak yang bertaraf bintang dan masing-masing bermain untuk kelab-kelab yang ternama.

Kaka' berwarnegara Brazil bersama AC Milan yang bertapak di Italy dan bersaing dalam Serie A.
Van Nistelrooy dari Belanda untuk Real Madrid yang bertapak di Sepanyol dan bertanding dalam La Liga.
Manakala Cesc Fabregas yakni dari Sepanyol yang bermain untuk Arsenal yang berpusat di utara London dan senantiasa memburu gelaran Premier League.

******

di sini diriku yang agak gi**r bola nak memberikan coretan pendapat bagi arena bola sepak...


AC Milan...musim 07/08...sering kali tumpas...kalah peringkat kalah mati di tangan Arsenal yang bersenjatakan Fabregas...mendapat tempat kelima dalam saingan Serie A dan tak mendapat tempat dalam Champions League...walaupun mempunyai pemain yang pernah memenangi pemain terbaik FIFA...
Sekarang...di tangga kedua teratas Serie A mengikuti rapat lawan yang berkongsi home ground yakni Inter Milan...walaupun kalah pada fixture pertama...Ronaldinho melangkah masuk...Dua pemain Arsenal yang turun padang ketika Arsenal membantai AC Milan 2-0 turut melapor diri iaitu Flamini(kontrak 4 tahun) dan Senderos(loan)...kini melalui laluan mudah dalam saingan UEFA Cup...mungkin jua David Beckham akan menunjukkan mukanya selama 3 bulan dalam tempoh MSL di Amerika berehat...

Keputusan perlawana terkini...AC Milan hanya mampu mengalahkan Chievo yakni kelab yang berada di tangga terbawah Serie A dengan 1-0 daripada spot penalti yang disempurnakan oleh KAKA...dan sekadar seri 2-2 dengan Torino...aikk...merudum balik...memang benar kata paltel yang Serie A jauh lebih bosan daripada EPL dan La Liga...

********


Real Madrid...musim 07/08...juara La Liga...ke-38 kot...sering menumpaskan musuh tradisi Barcelona(yang merupakan tanah kelahiran Fabregas dan pernah diwakili oleh rakan sepasukan Kaka yakni Ronaldinho...)


Kini...kalah kepada kelab divisyen ketiga dalam saingan Piala Sepanyol...Kalah di tangan Juventus yang serangan diketuai oleh Del Piero*dengan agregat 4-1 di tempat lawan mahupun di tempat sendiri...menang nasib dengan dua penalti kepada Malaga dan kalah kepada Valladolid 1-0...ketiadaan Van Nistekrooy yang menghadapi kecederaan lutut dan terpaksa diketepikan sepanjang musim mungkin penyebabnya...tapi bagaimana dengan rakan senegara yang turut bermain dalam kelab yang sama seperti Wesley Sneijder,Robben dan Van der Vaart...mereka tak leh memberikan impak yang positif...

*******

Namun...zaman ketakkonsistenan bagi AC Milan mungkin dah berakhir untuk musim ni...begitu jua dengan Real Madrid yang masih boleh di'rating' 3/5 dan masih ada harapan besar untuk menggapai gelaran La Liga lagi selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Recreativo Huelva yakni kelab yang berada di tangga tercorot La Liga.

.
How about Gunners???...yang d'manage' oleh Arsene Wenger selama 12 tahun...
pernah memenangi FA Cup dan Premier League sekaligus...pernah memiliki pemain top star seperti Thierry Henry(Barcelona), Patrick Viera(Inter Milan) dan Robert Pires(Villareal)...dan kini mempunyai pemain muda yang mungkin dan hampir untuk untuk standing in the eyes of the world seperti Theo Walcott yang menjaringkan hatrick untuk England ketika menentang Croatia di Zagreb, Cesc FABREGAS yang kini menjadi playmaker di Arsenal dan mendapat Young Player Award musim lepas serta pemain terbaik Arsenal musim lepas, Emmanual AdeBayor yang kini mencuba meledakkan gol seperti mana yang dilakukan oleh penjaring gol terbanyak Arsenal, Henry di posisi yang sama dan pendatang baharu yang bergelar muslim iaitu Samir Nasri...yang dikatakan Robert Pires yang baharu oleh Arsene...
Musim 07/08...Arsenal hanya kalah tiga kali dan kesemuanya bukan di Emirates yakni home ground mereka...dan berjaya meletakkan diri di tempat ketiga hanya 4 mata di belakang Setan Merah...Selepas pemergian Flamini,Hleb(Barcelona) dan Gilberto Silva(Panathinaikos)...Arsenal tampak sedikit goyah di bahagian tengah dan menyebabkan bahagian pertahanan terpaksa bekerja keras menangkis bola dari posisi yang bahaya...


Arsenal mungkin nampak hebat di persada saingan lain seperti Carling Cup yang berjaya menumpaskan Sheffield United dan Wigan dengan clean sheets 6-0 dan 3-0 respectively dengan hanya memainkan pemain-pemain muda purata umur 19 tahun dan mengepalai Group G dalam Champions League dengan 8 mata unbeaten setakat ini...Namun di dalam Premier League, Arsenal menderita dengan 5 kekalahan setakat ini dan berada di tangga ke 5 di belakang Aston Villa yang sedang berusaha mencuri tempat untuk Champions League pada musim hadapan daripada Arsenal...Arsenal kalah di tangan dua kelab yang baharu masuk dalam league iaitu Hull dan Stoke...Kalah di tangan Fulham, Aston Villa dan Manchester City yang kalau diikutkan rekod2 terdahulu, Arsenal sentiasa menang....ditambah pula dengan masalah dalaman kelab dan pergaduhan antara pemain sama sendiri...tambahan juga dengan ketiadaan Tomas Rosicky yang hanya dijangka akan kembali tahun depan dan Theo Walcott yang baharu sahaja mewujudkan namanya dalam list injury selama 3++ bulan...Ini semua mungkin menjadi 1001 sebab mengapa Arsenal kehilangan satu benda yang berharga yakni CONSISTENCY...

FranCesc Fabregas

*********

AC Milan, Real Madrid dan Arsenal...Inconsistency ini pernah atau sedang dihadapi oleh ketiga-ketiga kelab world class ini...Apa dah jadi???dengan dunia bola sepak kini...
Kaka kini memburu anugerah pemain terbaik FIFA dengan Cristiano Ronaldo...Van Nistelro0y yang kini menghadapi long-term injury...dan Fabregas yang berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan kelabnya yang kini menderita...atau sekadar berpindah ke kelab catalan asalnya jika kelabnya kini tidak mampu memiliki apa-apa silverware...

KAKA_VAN NISTELROOY_FABREGAS...walaupun mereka ini mewarnai bola sepak namun sukan ini tetap kelihatan menarik walau camane pun...kot...

**********


Berita Hangat kepada mereka yang tak ambil perhatian kepada bola sepak luar negara tetapi begitu patriotik kepada sukan negara kita...Malaysia kini di tangga ke 151 dalam ranking FIFA...yakni naik 21 anak tangga dari dulu 172...walaupun masih berada dalam lingkungan 3 angka tapi ada la gak peningkatan nye yek...siap ada jersey and kit baharu lagi yang ditaja khas oleh sport brand yang bermotokan Just Do It yakni NIKE.



Ahad, November 09, 2008

raya>exam>holydays

paper terakir pekse:BAT...marwan tgh jawab dengan tekun..sama ada mudah atau senang

masa berlalu begitu pantas...zaman persekolahan untuk aku bergelar budak form4 tamat...
ahh...rasa tak puas lak bersekolah tahun ni...kejap yang amat...tapi nak buat camne...
inilah KEHIDUPAN...

masa macam ayamas yang masih panas...
kejap je dah abis...


~huussh...sekolah aku diberi cuti akhir tahun yang agak awal kerana bangunan sekolah nak digunakan untuk exam SPM...hatiku cuak gak apabila mendengar huruf yang dimulai dengan S dan diakhiri dengan M dan ditengah-tengahnya ada huruf P...walaupun lambat lagi...lambat ape.. setahun je lagi...

abg2 form 5 SPM '08

cuti...walaupun agak sibuk dengan keje yang wajib buat...tapi masih banyak masa yang perlu aku isi untuk menjadikan cuti ni yang terbaik buatku...macam ramadhan ar...mesti kita nak yang paling BESt...kalau masa yang sebenarnya panjang dibiarkan berlalu saje...selalunya terasa pendek berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa ni...

aku mengharap cuti ni dapat aku jadikan untuk lebih kenali diri aku yang sebenar bukan dengan hanya mengelamun dan bajet berpikir tapi isi masa ku dengan bende-bende yang sememangnya sesuai dan 'giler' untuk remaja...dan insyaAllah kalo plot kehidupan aku berada dalam keadaan klimaks, biarlah ia menceritakan aku yang sedang mencari cahaya...dan seterusnya menggapainya...

tercari-cari cahaya itu...

Ahad, Oktober 26, 2008

ramadhan>raya>exam...

kertas pertama:PQS...

syawal yang masih berbaki beberapa hari lagi...
tiada masa nak beraya lagi...
kerna exam akhir tahun dah tiba...
mungkinkah aku dah sedia???...TIDAK...

mang tekun menjawab kertas pekse yang mudah

di'add' lagi ngan kerja-kerja lain yang belum ku siapkan...
mungkin aku suka menangguhkan kerja...

At-Ta'jiil lissuz zaman

atau mungkin lebih mementingkan kerja yang lebih best daripada yang lebih penting...
aku pun tak tahu...

di+ lak ngan bisikan nafsu dan NATES yang semakin mengganas...
lagi-lagi EPL dan UCL yang sedang hangat...



apa yang aku perlu buat dengan masa yang terlalu sedikit...
padahal masa yang banyak tu sudah berlalu begitu je...
mungkin aku banyak membuang masa...
aku jenis yang sentiasa perlu diingatkan kerna ku goyah dan senang alpa...

atau mungkin yang aku tahu hanyalah TAWAKKAL tanpa usaha...
atau mungkin perlu USAHA tanpa tawakkal...
aku nak dua-dua...

usaha tangga kejayaan

takpelah ku cuba sedaya yang mungkin untuk menulis jawapan yang betul di papers yang perlu dijawab>dihantar>disemak>diberi markah....
mungkin ni exam kayu pengukur sama ada aku patut ambil jurusan sains ori yang betul kaw dan susah bagi aku...mungkin mudah bagi sesetengah orang...atau mungkin mind-set aku tak setting abis lagi...

~huussh...

Sabtu, Oktober 25, 2008

sambutan raya kat sekolah...

lagi +/-6hari baki syawal...24 syawal 1429H...
sekolah al-amin kita telah mengadakan sambutan raya di peringkat sekolah...
di'conduct' oleh bebudak form3 yang baharu 'merdeka'...dari sekse-pekse...


mula-mula...kumpul kat dewan...ada macam majlis lu ar...biasa la...
ada ucapan ibu Pengetua kita dan seterusnya ada macam persembahan yang ada juri...
team first persembahkan lakonan 'apple'... jalan cite dah leh jangka...tapi agak lawak apabila dilakonkan oleh orang ber'bakat'...kemudian ada macam lakonan pantun teka-teki yang agak bosan...dan tak ade kena-mengena ngan raya...bro Halim mula buat bising dan berusaha untuk mengskipkan@percepatkan persembahan tersebut supaya habis lebih awal...tapi tak pe..mungkin mereka tak cukup latihan...semalam baru berlatih...lepas tu, ada nasyid...oleh nu'man & the gang...
agak lari key..tapi fariDUNnaim berjaya mengHARMONYkan...

KU bersama bebudak kemeje...

ha..ha...saat yang dinanti-nanti akan hadir...jamuan raya lak... diriku dan ikhwah sederetku mula menyerang rumah sendiri sebab kelas kami macam-macam ada...dengan memenuhkan suku perut je...kami mula bergerak untuk memulakan penjajahan je atas kelas-kelas lain...

meng'top-up' perut yang kosong...

first nak gi form 5 tapi kelas mereka tak ready lagi...lantas kami gerak ke kelas-kelas menengah rendah...yang smart nye kami bergerak sambil mengalunkan selawat...

lepas satu-satu kelas kami serbu...free space dalam perut kami penuh...ada yang surrender...pi tandas...pi tidur...yang tinggal hanyalah yang tabah dan mempunyai USB@external hard disk untuk mengisi lagi...kerna bangunan sekolah rendah masih belum dijajah oleh kami...

gerakan penakluk:solallahu 'ala muhammad...

hari yang penuh nikmat dengan kelazatan makanan...alhamdulillah...hanya apabila dah sendawa...~huussh...penat-penat...di masjid...agak ramai ikhwah sederetku syahid dek kala khutbah bergema...alhamdulillah...Yang Maha tak tidur dan letih tidak memejamkan mataku dan memberikanku insomnia untuk berjaga dan mendengar khutbah kerna ianya syarat sah bai...

alhamdulillah lagi sekali kerna hari tu boleh balik awal sekitar 2.30 petang...masa untuk diriku menyerang,menyerbu dan menjajah katil hingga ke asar...

Sabtu, Oktober 18, 2008

konvoi raya...

Assalamualaikum...kami datang nak raya...

first target:rumah Ummi Ros


next target: rumah mlmh Norlida...

alamakk...kat sinie lupa amek gamba ar sbb makanan enak yang teramat tapi lemak bak kata yan.

target ketiga: rumah mlmh Mar...giler ar...perut dah berkeroncong..Ramai dah surrender...di sini...


last target bagi diriku: Mlmh shikin Tahir...hanya tinggal 9 orang je yang tinggal untuk meneruskan hingga ke sendawaan terakhir...aku bangga aku sampai ke peringkat nie...sikit lagi nak masuk quarter final(the last-8)...

target yang terakhir bagi mereka yang tabah menghadapi ujian:rumah mlmh bio(ade h/w x?) ...mlmh rohida...

dengar cite sampai maghrib baru abis konvoi...~HUSSH...tabah betul...


Ahad, Oktober 12, 2008

Rumah terbuka Ibn Tufail

Baru 12 syawal...banyak jemputan rumah terbuka...Kelas 4 Ibn Tufail tak terkecuali...

Majlis yang sepatutnya bermula jam 9.00 pagi terpaksa didelayed jam 10 pagi kerana kehadiran yang agak 'ramai'.Majlis bermula dengan bacaan Al-Quran oleh Adek Iyadh Bin Abdul Haris diikuti dengan ucapan Mama Hasma yakni guru kelas kami dan ucapan wakil ibu bapa serta ucapan dari abang KU kita yang amat berusaha mencari point nak cakap apa sebelum bagi ucapan tersebut.



Cam biasa...lepas tu makan....nasi tomato yang diorder dari Nilai terlewat sikit tapi takpe ada lemang kuih raya...kek...dan air sirap spesial.Sambil-sambil makan yan and the gang persembahkan nasyid...cam biasa ar...artis jemputan ialah Muhammmad(anak ummi Ros) dan Fawwaz(anak Mama Hasma).



Hos yang begitu pandai berinteraksi dengan hadirin hadirat merupakan kespesialan majlis ini...ada temu bual dengan mak cik,pak cik,anak-anak kecil serta tenaga pengajar, cabutan bertuah...



Slide yang ala kadar tapi masih boleh dilihat dengan mata kasar kerna baru dibuat sebelum majlis bermula...di sini segalanya terkantoi ape cer kita kat sekolah...

Nasi tomato sampai...dan begitu jugak ngan geng konvoi raya(Bebudak Ibn Khaldun)...yang baru saja selesai beraya di rumah MJ...Mengikut laporan salah seorang yang terselamat...mereka akan beraya ke empat buah rumah lagi..dan diinform kepada diriku bahawa rumahku menjadi salah satu target...Ha! kuih raya je la..yang ada...yang lain tak de...Tapi disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari sampai ke petang...hujan masih lebat saat ku menetaip post ni...jadi ke? mereka datang ke rumah yang serba kekurangan suasana raya dan kuih raya nak habis...


Majlis dilabuhkan dengan bacaan doa oleh SU sekolah dan diakhiri dengan dengan Tasbih Kaffarah dan surah Al-Asr tapi sebelum itu ada macam Taaruf warga Ibn Tufail kepada mak bapak yang ada kat situ...biar mak cik,pak cik,bakal mertua, guru dan anak-anak kecil tahu siapa di sebalik tabir Ibn Tufail....

Nasi tomato banyak lebih...ku tapau sikit...

Sabtu, Oktober 11, 2008

al-amin futsal raya


Futsal...hu..dah lama dah tak main... kaki macam kaku nak rembat bola...lagi-lagi guna adidas absoludo...

*******

11 syawal 1429H...Unofficial al-amin futsal raya open telah dianjurkan oleh Al-Amin Football Confederation dengan kerjasama Biro KoKu bertempat di Aktif Futsal.

Tournament yang sepatutnya bermula jam 10 pagi sharp tidak kesampaian kerna ramai yang datang agak 'awal' dan kerjasama yang agak 'mudah dikontrol'..bermula pukul 10.20++am.Hanya 5 team sahaja yang mengambil bahagian dalam tournament ini.2 team form 1,2team form 2 dan 1 team form 4.Form 3 dan 5 tak ikut serta kerna masing-masing ade PMR dan study untuk SPM.Pitch yang hanya ditempah untuk 2 jam terpaksa dilanjutkan sehingga pukul 12.45++..
.nasib baik abang yang jaga kaunter tu baik...

********

Team yang wujud di tournament ini ialah:

  1. '95 United FC(form1)
  2. Legend FC(form1)
  3. Al-Fateh(form2)
  4. Tangan bengkok FC(form2)
  5. Keledek(form 4)

Tournament dijalankan secara liga:



Al-Fateh

’95 united

Legend FC

Tangan Bengkok

Keledek

1.Al-Fateh

-

2-1

2-1

1-2

2-3

2.'95 United FC

1-2

-

1-1

0-3

2-4

3.Legend FC

1-2

1-1

- 1-4

1-5

4.Tangan Bengkok

2-1

3-0

4-1

-

4-2

5.Keledek

3-2

4-2

5-1

2-4

-


Dan mata yang berjaya dikutip oleh team yang participated ialah:

  1. '95 United FC-1 mata
  2. Legend FC- 1mata
  3. Al-Fateh-6 mata
  4. Tangan bengkok FC-12 mata
  5. Keledek-9 mata

Dengan ini bahawa sanya team Tangan bengkok FC merupakan Johan bagi tournament yang tak wujudnya hadiah...sebab bajet lari...tempat kedua ialah Keledek dan tempat ketiga ialah Al-Fateh dan '95 united dan Legend berkongsi mata.

*******

Tournament yang dianjurkan ini insya-Allah merupakan satu proses tarbiyyah jasmani bak kata Abang Pal Tel . Akhir kata, BerRIADHAH kerana Allah dan maju ISLAM melalui sukan serta diharap setiap tetes peluh tak akan sirna ditelan masa.






Khamis, Oktober 09, 2008

Banyaknye cuti...


Mungkin sebahagian ramai suka yang amat pabila dapat cuti...
Memang best ar lepas cuti raya seminggu++.. di added dengan cuti PMR 9 hari gak...
nasib baik la ada alam persekolahan baina cuti tu...
kekadang aku memang suka yang teramat tika cuti muncul dalam surat yang disain oleh Mlmh Ain...sebab cuti aku leh lepak dari benda-benda study ni walaupun dalam surat tu tercatat "diharap cuti ni dapat diisi dengan ulangkaji pelajaran untuk persediaan menghadapi peperiksaan akhir tahun...lagi-lagi fizik & +math ...Huusshh~ 'ngelaban' tol...Leh gi raya dengan syawal yang masih berbaki ni...tapi kekadang gak aku cuak gak cuti bebyk ni...aku selalunya terbyk buang masa...almaklumlah diriku ni yang agak berat dirinya untuk bergerak melakukan sesuatu yang lebih aula...berat badan gue tak berat...yan lagi berat dari guer...Bak cuti yang lepas...guer rasa byk terbuang masa dengan benda2 yang tak penting tapi seronok...dan tentunya diriku bukanlah tergolong dalam golongan manusia yang cemerlang yang fokus melakukan kerja yang lebih penting dan aula walaupun tak seronok...biasa ar..manusia...nak enjoy je...walaupun ade keenjoyan yang lebih smart.

Cuti...cuti...cuti...tp cuti ku kali ni telah ku rancang untuk gi konvoi raya,futsal,study group dll yang mgkn berfaedah bagiku...harap ada barakah dan keREDHAan...doa-doakanlah...

Isnin, Oktober 06, 2008

Kembali kepada FITRAH...


Hari raya Aidilfitri....
aidilfitri pada bahasa bermaksud kembali kepada FITRAH...

Ini kerana selepas mengharungi sebuah madrasah yang barakah...dan bulan maghfirah...
Amat beruntunglah bagi mereka yang diAMPUNkan DOSA...dan ramadhan meninggalkan mereka dengan DOSA yang telah burn...dan mereka seperti insan yang baru sahaja dilahirkan di alam dunia yang bersih dari segala noda dan dosa....
inilah yang dikatakan fitrah...mereka kembali kepada fitrah manusia di mana manusia itu pada asalnya bersih lagi suci dari sebarang coretan dosa dan calaran maksiat...fitrah manusia juga yang suka kepada benda yang baik dan benci pada perkara buruk, suka beramal dan benci membuat maksiat, suka akan kecantikan benci pada keburukan...MengESAkan Allah dan tak sekutukanNYA....

tetapi CELAKA dan RUGI bagi mereka yang tak diampunkan DOSA kita...pada ramadhan

Adakah kita layak untuk menyambut lebaran sepanjang syawal yang masih banyak berbaki....?
Adakah kita sudah kembali kepada fitrah lantas layak menyambut Raya Fitrah...?

Ada 2 kegembiran pada Hari Lebaran...pertama, gembira sebab kembali kepada fitrah...dan kedua ialah gembira kerana ramadhan dah pergi...dan tak perlu penat2 puasa...

Kegembiraan kita terletak pada mana satu??

Ramadhan mendidik kita berDISIPLIN...Bangun awal untuk sahur boleh sekalikan dengan qiam...Tilawah & Tadarus Al-Quran...dan banyak la lagi...pikir sendiri ar...

Tapi adakah benda yang sebegini diteruskan...
Jika diriku...jawapannya TIDAK...Aku GAGAL...baru seminggu berlalunya ramadhan,aku dah 'colapsed'...KENAPA??? Tepuk dada, Tanya Iman...

Ahad, Oktober 05, 2008

SMS raya..


hari sabtu=4 syawal 1429H...
perjalanan selama 4jam untuk kembali ke rumah...dari kampung

semasa di kampung...inbox ku penuh...
ramai send ucapan hari raya....
maklumlah sekarang 'zaman dah berubah dunia dah maju'

tak main lagi kad raya..
sekarang sms je..lagi cepat dan lagi murah kalau guna Xpax...

ada yang bagi pantun raya...ada yang send dengan kata2 hikmah...ada yang bagi tazkirah,doa dan ada yang just bagi ucapan simple...asalkan bagi...

*********

dari inbox messages...

1-from i...yard
$alam MesRA BuATmu & sekeLuaRga dRpd !YADH,istERi & aNaK2..HaPpy iDuL Fit3 danMaAf zAHir & BAtIN....

2-dari JoE
Biar renggang difana dunia..,biar hina dimata manusia..,biar semangat semakin tua..,biar harta semakin tiada..,biar akal semakin berusia. biar jauh kedudukan kita..,jgn tergadai SILATURRAHIM antara kita... SELAMAT HARIRAYA DAN MAAF+ZAHIR BATIN (^_^)

3-dari :-D-K.U.-
Lidah ana krap b'DUSTA.Tkdng tnpa bcra ana mmpu utk m'GURIS hati.Hdpn mkhlkNya amal seakn Mlaikt,blkg mkhlkNya,ana bglumng dgn DOSA.Benar! ana mnsia yg x lri drpd KHILAF. Sdgkn ldah lg tggit.Ana phn maaf ikhls dr Hti dmba mghfirhutk kSILAPn itu.Pnta HALALkn sgl mkn+mnm+hrta yg tguna sdar/x.Mga ukhwah bpnjgn.(miskol jk kte 0:0,klu xde krdt bli pkai duet raya.Wajib)Eid Mubarak:-D-K.U.-

4-eimyandotcom
Salam Eidul Fitri. Segala kesalahan harap dimaafkan, dan moga barakah Ramadhan terus memberkati...=)

5-Redha7
+ ,,,
(",)+ Asal
((')=|,_raye je,

Tringt kt kwn2,
Mna le tau,ade wat Clp..
Sowie ek? 0-0

,,,+ SlMt ARie
(,") + RaYe
,L=('))_Maaf Z&B

6-PalTel10
Hakikatnye,idup ini prlu d teruskn jua prjuangannya,walau badai sedih manepn kite dgn pemrgian ramadhan..Hatta kite ai'sh a'zizan, au mut syahidan. Amin..

7-Zarith (abg Z)
ALLAHUAKBAR3x Lailahaillallahu allahu akbar, Allahu akbar walillah hilhamd

dtik 1syawal yg d nnti2 olh slruh umt islam d M'sia tlh tba sbg mraikan kmnangan stlah mjlani ibdah puasa.
di sini,saya ZARITH AMmirUL b. aBd. JALIL ign mnyusun smua jriyg ada utk mmhn 1001 kmaafan zhir n btin kpd en/pn/sedara/sedari. Klau ade mase jmpt dtg rmh..pntu b'kunci.sBB BLik kmPG.:)waKAkA..PEpn.TakBEeR!

8-At0i
ALLAHUAKBAR3x Lailahaillallahu allahu akbar, Allahu akbar walillah hilhamd

dtik 1syawal yg d nnti2 olh slruh umt islam d M'sia tlh tba sbg mraikan kmnangan stlah mjlani ibdah puasa.
di sini,saya Mohd. Athif b Zainal Arifin ign mnyusun smua jriyg ada utk mmhn 1001 kmaafan zhir n btin kpd en/pn/sedara/sedari. Klau ade mase jmpt dtg rmh..pntu x kunci pn.:)

9-(ramai yg hntr sms ni)
Rmi org kjr mlm qadr ttp rmi t'lps 1lg mlm bsr slps al-qadr iaitu mlm JAIZAH(anugrah). 4JJI ign angrhkn hmb-NYA yg btaubat, byk lakukn ibdh lalu d'utskn mlaikat ke bumi utk cri sape yg meminta pd mlm t'sbt.Mlm t'sbt ialah ml 1 syawal..Brhjtlh kpd 4JJI pd mlm itu.

10-Akid(Hira' jeram)
Manusia kian sibuk dgn bln yg hmpr menjelma, madrasah yg istimewa sering dilupai dan kini ia kian menjauh pergi. Kedatangannya hanya setahun lai.berdoalahkita agar dapat berjumpa dgnya kembali.

11-Nizam (Irsyad,Pahang)
SeLaMaT HARi rAYA AiDIlfitri..

12-Zarith AMmiRuL
HDup DLM DNIA INI UTK BSYKR..bsykr kpd org y mnykiti kmu krn dia la org yg menabahkn kmu, bsykr kp org yg mnipu kmu krn dia yg mnigktkn pgethuan kmu,bsykr pd org yg x endhkn kmu krn dia la yg mmupuk kmu bdkri,bsykr pd org yg mjatuhkn kmu krn dai la yg mprhebtkn abiliti kmu,bsykr pd org yg myksa km krn dia la yg mguji ksabaran kmu..Bsykr dgn sgla ujian drNYA, krn sumenya mngktkn iman kmu..mga reda Allah sntsa brsma mu selalu,amin..:-) wallahua'lam...Selamat hari raya aidilfitri..

13-Muaz anuar
Selamat Hari Raya! Maaf zahir dan batin

14-0133407230(sape ntah nie)
(')=-="*"*"*
--ii--
Pelita |----| dletak atas para, nak dnyalakan dtepi prigi,SMS dhantr pengganti kad raya, tanda ingatan dAIdiLfitri{MAAF ZAHIR &BATIN}..

**********

tu je...ayat2 yg digunakan di atas merupakan ayat sms...tidak sesuai untuk kegunaan formal.

Isnin, September 29, 2008

andai 'kau' pergi...

andai kau pergi...ya ramadhan 1429H
penghulu segala bulan...
kau tidak akan kembali lagi...

29@30 hari bersamamu
masa yang pantas berlalu
hingga tak terasa pun...
engkau hendak berangkat pergi...
sebulan bersamamu seperti sesaat bersamamu...

bulan di mana sunnah Rasullah saw paling dihidupkan..
bulan di mana masjid-masjid penuh dengan satu tujuan yakni untuk mendirikan solat tarawih..
bulan yang mulia yang dihiasi dengan alunan Kalamullah
bulan di mana muslimin & muslimat berlumba-lumba melakukan amal kebaikan...
bulan di mana masjid-masjid sentiasa hidup dek lampu kalimantang yang menyala....
yang di dalamnya terdapat hamba-hamba Allah yang bermunajat mengungkap zikir di lisan....
yang menghidupkan malam dengan tahajjud dan doa....
lagi-lagi sepuluh malam terakhir dan lebih spesifik malam-malam yang ganjil...
mencari malam itu...malam di mana turunnya Al-Quran dan lebih baik dari 1000 bulan ...LAILATUL QADAR....

******

ya ramadhan...engkau pergi meninggalkanku begitu saja....
adakah aku termasuk dari golongan yang diampunkan dosa???
atau adakah aku orang yang celaka dan rugi????

hushhh~... ku merenung...

Ahad, September 28, 2008

nak 2 tapi 1 pun tak dapat...

Malam 28 Ramadhan...1429H...
biar pun bukan malam ganjil dalam sepuluh malam terakhir...
ku men'setting' niat untuk pergi ke masjid jam 3.00 pagi beriktikaf...



Malam 28 September...2008M...
Malam ahad di mana seperti biasa...
match-match EPL sentiasa terpahat kukuh di ingatanku...
arsenal vs. Hull...merupakan match yang aku target untuk tonton sampai full-time..
match yang mula secara langsung di ESPN bermula jam 12.30malam...


Malam berlabuh lewat...
ku masih bersengkang mata melawan keNGANTUKan yang melanda diriku...
jam menunjukkan jam 1.15 pagi...
Half time dan bola masih tidak menggegarkan gawang...
ku bajet nak memejamkan mataku untuk 15 minit sementara menanti second half...
kerna sudah fitrah manusia perlu berehat...

"Wal laili libasa"

ku pun berlayar dalam tidurku...

kring....kring....kring....kalau jam loceng berbunyi...(aku tak guna jam loceng)
lagu selawat...Thola'al Badru 'alaina...telefon 'genggam'ku berbunyi...[telefon genggam(Bahasa Indonesia)=telefon bimbit]

jam menunjukkan pukul 4.30 pagi...
lagi 1/2 jam untukku bersahur bersama usrati...
haaaaaaaa...hush~ku mengeluh resah dan kesal....

dah tak sempat nak ke masjid....lewat 1jam lebih...
padahal ada lebih kurang +/-30 minit, mungkin sempat bagi sesetengah insan, tapi aku tidak kerana aku mengambil masa yang lama untuk menggeliat dan ke bilik air untuk menyegarkan diriku yang telah diikat dengan nikmat tidur di atas tilam katil yang empuk...

husshh~ku mengeluh...
dengan masa yang berbaki...ku pun melaksanakan solat witir yang belum terlaksana kerna ku tidak mendirikan solat sunat tersebut selepas tarawih....

******

aku tidak dapat menonton match sampai full-time dan yang paling penting aku tak dapat ke rumah Allah....dua-dua tak dapat....
Tu la..Bajet tak nak tidur....tapi aku masih seorang insan yang lemah yang mungkin wajib untuk diriku berehatzzz....

berita yang lagi 'best' ialah kelab yang ku support kalah...
yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran....
utamakan yang lebih penting daripada seronok....

*******
"Manusia yang cemerlang ialah manusia yang fokus dalam melakukan kerja yang lebih penting walaupun tidak seronok sementara manusia yang lemah ialah manusia yang fokus melakukan kerja yang seronok walupun tidak penting"...-dipetik dari kata2 hikmah terpampang di dinding kelas 3 al-ghazali



Jumaat, September 26, 2008

ku mencari....malam itu

dirikudisini
ku mencari...di manakah ia...
malam di mana Al-Quran diturunkan...
malam yang turunnya malaikat dan ruh untuk melaksanakan urusan yang telah diperintahkan
malam yang lebih baik dari 1000 bulan

"Lailatul qadri khairum min alfi syahr"
yang lebih baik dari 83 tahun...

maka sejahteralah bagi mereka yang telah menjumpai malam tersebut...

"Salamun hiya hatta mathla'il fajr"

ku mencari ia di sepuluh malam terakhir...
tapi adakah aku akan menjumpainya...
adakah aku akan memanfaatkanya...
ku merenung sejenak...
adakah aku sempat menjumpainya...

ADAKAH?!...




Ahad, September 14, 2008

simpan je duit tu...

Ku berdiri kaku dan sedikit tergamam apabila ayahku berkata...

"Simpan je duit tu...ayah bayar"

******

duit raya yang baharu ku jumpa setelah sekian lama terperap dalam laci berkunci... ber'rat-rat'
juga ar...

ku ambil kuputusan untuk membeli barang sukan yang branded tu...

Pagi sabtu...selepas habis bengkel photoshop yang dikendalikan oleh abg yan...

ku mengajak ayahku pergi ke Al-ikhsan...ku cakap nak beli bneda sikit...

Ayahku menyoal..."ada duit ke ni??"

ku menjawab spontan.."ada.."

di ikhsan...aku menengok-nengok & memilih barang yang patut ku beli...

akhirnya aku tahu yang aku menginginkan sebuah jersi...


dan sepasang kasut futsal....



selepas mencuba dan mencari saiz yang sesuai...
aku terus pergi ke kaunter...untuk membayar sendiri...dengan duit aku...(konon je)

baru ku perasan duit aku tak cukup untuk membayar jumlah wang yang terpapar di mesin wang....

aku berkata kat ayahku yang duit tak cukup...(muka seposen terukir di wajahku)

ayahku senyum dan berkata...

takpe...ayah bayar....simpan saja duit tu......masuk akaun tabung haji.......

hu...terkaku diriku sejenak....walaupun hatiku ni melonjak-lonjak....

*******

aku menganggap semua ini rezeki dari Yang Maha Pemurah walaupun ku tahu ianya hanyalah setitis daripada lautan nikmat yang Sang Pemberi Nikmat kurniakan kepada diriku...

ALHAMDULILLAH...
(biasa ar manusia dapat benda best baru nak bersyukur sedangkan benda2 yang biasa yang sebenarnya cukup besar dan berguna seperti pancaindera...manusia kurang bersyukur...diriku tak terkecuali)