Ahad, September 07, 2008

nine seven 9/7

7 september 1992 bersamaan 10 Rabiulawal 1413H...lahirnya seorang insan kerdil ke alam dunia...
Nama yang diterima ialah Ahmad Faiz dan setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana insan ini telah diwarnai dengan Islam setelah sahaja dilahirkan...

7 september 2008... telah genap 192 bulan aku hidup di alam dunia ini...


7 september
... apa yang istimewanya??? padaku, amat istimewa kerana aku menjadi orang yang bertuah dengan adanya kek dan juadah di atas meja makan.Adanya kad2 yang tercatat "SELAMAT HARI LAHIR". Amat istimewa dengan adanya majlis kesyukuran. Amat istimewa lagi dengan adanya bungkusan2 hadiah yang berbalut.

****************

7 september... apa yang specialnya?? pada sudut lain, aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk masih bernafas dan mendapat nikmat usia sampai ke tahap ini. Nikmat kekuatan dan kesihatan yakni nikmat di mana manusia sering terpedaya dengannya dikurniakan kepadaku hingga aku alpa dan terpedaya dengannya yang membuatkan aku sedikit sekali bersyukur kepada Maha Pemberi Nikmat.

"Qalilamma tashkurun"

****************

7 september... ada apa dengannya?? dari bisikan nuraniku, ku mengkoreksi diri... di mana nikmat usiaku digunakan setelah 16 tahun hidup di dunia yang fana ini. Usiaku semakin hari makin meningkat dan mungkin makin dekat untuk bergelar "allahyarham"...


"Kullu nafsin zaaiqatul maut"

Sudah cukupkah amalku ini untuk menghadap Sang Pencipta. Sudah bersediakah aku???
Sanggupkah aku untuk menjejak ke neraka??? Layakkah aku untuk melangkah masuk ke syurga di mana di bawahnya terdapat sungai-sungai yang mengalir???

****************

Ya Allah Engkau jadikanlah hidupku, solatku, puasaku, rukukku,sujudku,amal ibadahu dan matiku hanya kerana-Mu...Berikanlah kehidupan HASANATAN dan yang mencapai martabat Al-HAYATUL MUBARAKAH. Aku bersyukur kepada-Mu(1000000x). Sesungguhnya sebanyak mana pun aku berSYUKUR tak akan dapat untuk membayar nikmat yang tak terhitung yang telah Engkau anugerahkan kepadaku ini.

****************



"Afala uhibbu an akuna 'abdan syukura"

semoga kita tergolong dalam golongan hamba2 yang bersyukur.
_______________________________________


Sabtu, September 06, 2008

Andai ramadhan terakhir...


mintak maaf byk2 kalau tak dapat eja@baca disebabkan tulisan yang 'agak besar'...

Mubarak Ya Ramadahan...


sahaja aku menaip lirik lagu ini untuk isi masa terluang dan mungkin hobi kerana Allah Taala...

Fajar Ramadhan kembali menjelma
Menandakan tibanya bulan mulia
Tua dan muda miskin dan kaya
Semuanya turut sama bergembira.

Pesta beribadah telah pun bermula
Seluruh alam turut meraikannya
Di siang harinya kita berpuasa
Sembahyang tarawih (ibadah) di malamnya

Mubarak Ya Ramadhan
Bulan kerahmatan diampunkan dosa
Banyakkan ibadah pahala berganda
Usahlah kita mensiakannya

Mubarak Ya Ramadhan
Bulan kenikmatan doa dimakbulkan
Banyakkan berzikir juga amalan
Terhimpun segala kebaikan kepada-Nya

Hiasi diri jaga tutur kata
Agar puasa kita sempurna
Menahan dari lapar dan dahaga
Meneguhkan jiwa dan minda

Bersahur kita bersama keluarga
Berbuka dengan rasa penuh gembira
Zakat dan sedekah tunaikan bersama
Ingat juga pada mereka...
Yang tak punya...

Mubarak Ya Ramadhan
Marhaban bikum 'ala hudhurikum
Wanantaziru bimajinatikum
As-syahrul Karim wal maghfirah

Mubarak Ya Ramadhan
As-syahrul 'azim wal maghfirah fihi
Wanuhai'ihu bi zikri wal ihsan
Wanatadarusul Qu'ran

Mubarak Ya Ramadhan
We would like to welcome you again
We wish you to bring us happiness
And gratefulness to all mankind

Mubarak Ya Ramadhan
You shower us with full of blessng
And we wish to seek of your forgiveness
For a peace and serenity of life
Insya-Allah...

Penuhi ramadhan bulan ganjaran
dengan bertadarus Al-Qur'an
Tiada makna menyambut lebaran
Jika syarat diabaikan

Bersama kita menyambut ramadhan
Semoga amal ibadah diterima
Berdoalah kita penuh pengharapan
Rahmat ramadhan berkekalan
Selamanya...

All Copyright Reserved
Dialunkan oleh: Artis Nasyid Malaysia
Dipetik dari: album Mubarak Ya Ramadhan 2005

Isnin, September 01, 2008

Allahumma bariklana wa balighlana fi ramadhan...


Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda
: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."