Ahad, September 07, 2008

nine seven 9/7

7 september 1992 bersamaan 10 Rabiulawal 1413H...lahirnya seorang insan kerdil ke alam dunia...
Nama yang diterima ialah Ahmad Faiz dan setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana insan ini telah diwarnai dengan Islam setelah sahaja dilahirkan...

7 september 2008... telah genap 192 bulan aku hidup di alam dunia ini...


7 september
... apa yang istimewanya??? padaku, amat istimewa kerana aku menjadi orang yang bertuah dengan adanya kek dan juadah di atas meja makan.Adanya kad2 yang tercatat "SELAMAT HARI LAHIR". Amat istimewa dengan adanya majlis kesyukuran. Amat istimewa lagi dengan adanya bungkusan2 hadiah yang berbalut.

****************

7 september... apa yang specialnya?? pada sudut lain, aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk masih bernafas dan mendapat nikmat usia sampai ke tahap ini. Nikmat kekuatan dan kesihatan yakni nikmat di mana manusia sering terpedaya dengannya dikurniakan kepadaku hingga aku alpa dan terpedaya dengannya yang membuatkan aku sedikit sekali bersyukur kepada Maha Pemberi Nikmat.

"Qalilamma tashkurun"

****************

7 september... ada apa dengannya?? dari bisikan nuraniku, ku mengkoreksi diri... di mana nikmat usiaku digunakan setelah 16 tahun hidup di dunia yang fana ini. Usiaku semakin hari makin meningkat dan mungkin makin dekat untuk bergelar "allahyarham"...


"Kullu nafsin zaaiqatul maut"

Sudah cukupkah amalku ini untuk menghadap Sang Pencipta. Sudah bersediakah aku???
Sanggupkah aku untuk menjejak ke neraka??? Layakkah aku untuk melangkah masuk ke syurga di mana di bawahnya terdapat sungai-sungai yang mengalir???

****************

Ya Allah Engkau jadikanlah hidupku, solatku, puasaku, rukukku,sujudku,amal ibadahu dan matiku hanya kerana-Mu...Berikanlah kehidupan HASANATAN dan yang mencapai martabat Al-HAYATUL MUBARAKAH. Aku bersyukur kepada-Mu(1000000x). Sesungguhnya sebanyak mana pun aku berSYUKUR tak akan dapat untuk membayar nikmat yang tak terhitung yang telah Engkau anugerahkan kepadaku ini.

****************



"Afala uhibbu an akuna 'abdan syukura"

semoga kita tergolong dalam golongan hamba2 yang bersyukur.
_______________________________________


Tiada ulasan: