Memaparkan catatan dengan label fitrah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fitrah. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 08, 2009

get up and GO

i know it's not easy . i know that is hard
no, it's not always pretty

bangun and pergi.ambil peluang.dan jadi kuat
or u could spend ur whole life holding on
jangan pandang belakang.pergi je.tarik nafas.maju
or you could spend your whole life holding on
-BLG-
*********
mari kamu semua kita bersama menggembleng tenaga dalam mengorak langkah dalam mendepani apa jua situasi yang diluar jangkaan... senanye,x perlu un nak ayat esei...

susah disenangkan, panjang dipendekkan...k... nak gi sambung ape yang patut disambung...lalu bersambung...


Ahad, April 12, 2009

I.SEE.YOU at ICU

bibirku bergetar... ku hanya mampu berdoa dan bersyukur kerna aku masih ada nikmat itu

********
sabtu, 11 april 09
hujan lebat dan jalan raya yang macek(sesak)...
~hhhuuuusssshhh jarum jam sudah menunjukkan 6.20 ptg... "sempat ke ni?!", soal ummi. ku hanya diam sambil mengharap.. "kat depan tu je", abbi cerahkan harapanku... sebenarnya, sudah lame ku tangguh untuk menunggu saat ini...

Mu'adz Azhar...
kawanku yang kian lama ku tak bersua deangannya...kini ku bertemu dengannya... pertemuan yang ku tunggu tapi tak ku idamkan...pertemuan di mana aku tidak boleh berborak,bertanya khabar ataupun beramah mesra dengannya... pertemuan di mana dia hanya terlantar baring tidak sedarkan diri di unit rawatan rapi@intensive care unit(ICU) di HUKM... sudah 8 hari dah dia di katil itu... pertemuan di mana aku hanya mampu untuk berdoa kepada Allah... bibirku bergetar dengan al-fatihah dan sedikit surah yaasin... di saat itu jugaklah ku terasa diri ini kurang bersyukur atas nikmat yang dikurniakan kepadaku...kesihatan

same2 kite doakan agar beliau dan kita selamat di dunia dan akhirat...

Isnin, April 06, 2009

bulan 4... sume dah gear 4...


skang dah masuk bulan ke-4 thn ni... ku merenung jauh... penentu segala...

form 4 nyer bab aku belum cover balik... form 5 nyer pun aku masih slow utk grap sume...
pura-pura sibuk ngan byk bende hinggakan tangguh perkara yg lebih penting...
aku amat biasa mengutamakan benda yg lebih seronok drpd benda yg lebih aula...

kata mereka bulan empat di al-amin bangi meNarik? bulan tajdid... alhamdulillah ku bukan dlm kalangan sulbah bulan tersebut... ku hanya tolong2 sket dan manpal beri aku keje sbgi fotografer bulan tersebut secara automatik...

********

"dah bulan 4 dah ni! sepatutnya kamu sume dah masuk gear 4!"
-mlmh Faridah-

ku hanya mengeluh melihatkan diriku ini yang hanya setakat baru panaskan enjin inikan pulak nak masuk gear 4...

********

"ini dah bulan 4 dah ni... kurangkan dan tak yah nak aktif sangat kat sekolah tu... jangan suka sangat jadi volunteer atau pak mampu... "
-ayahanda-

ha yelah... diriku cuba mengikis keaktifan dalam aktiviti sekolah...coba ku coba... diriku kekadang bukannya nak sangat...tapi dah amanah kot... aku masih mencuba

********

"jangan suka melihat dan cuba mengikut orang yang di bawah tapi lihat dan cuba ikut orang yang di atas"
-ayahanda mengkaunseling-

ku agak kesima... bapakku menerangkan keadaan dalam pikiran ku... bila kita ni kurang berjaya... kita selalu bandingkan diri ini dengan orang yang x berjaya...

"la... sifulan tu 9G la.. abang cume tak lulus je..."

kita kurang bandingkan diri ini dengan orang yang lebih berjaya dari kita

"camne la dia leh pandai sangat sampai dapat A... tak leh jadi ni.. aku kene usaha lebih banyak"

cemburu akan orang yang di atas yakni lebih berjaya drpd kita dibolehkan... sebagai anjakan paradigma untuk kita supaya usaha lebih...

jeritan hati: WOI AKU AMEK SPM TAHUN NI!!!





Ahad, Mac 29, 2009

bulan april ade pe?!

tak de bende nak cite sgt...sekadar ingin menyebarkan ape yg perlu disebar...


NANTIKAN... jumaat ni start kot... diriku x brape nak tahu...just wait and see... satu transformasi mungkin berlaku...

Rabu, Mac 11, 2009

10&12 rabiulawal...

bermulanya satu permulaan...

12 rabiulawal... lahirnya seorang yang rahmatan lil alamin...
10 rabiulawal 1413H...lahirnya seorang insan biasa yang kerdil lagi hina...sekadar bahagia ibu bapa pabila dikurniakan cahaya mata...

12 rabiulawal... lahirnya insan bernama Muhammad
10 rabiulawal... lahirnya insan bernama Ahmad _ _ _ _

Insan bernama Muhammad itu memulakan perJUANGan dakwah
Insan bernama Ahmad _ _ _ _ itu mewarisi dan meneruskan perJUANGan dakwah(InsyaAllah)
********

senannye nak cakap psl junjungan mulia kita sempena MaulidurRasul baru2 ni...

ok mula...

Rasulullah ialah Utusan Allah... x same ke utusan dgn posmen? bisakah kita mengatakan 'Rasulullah ialah posmen'... ok, utusan dan posmen ada bezanya...

kalau utusan, tugasnya bukan setakat menyampaikan saja malah..

-ajar kpd org
-amalkan
-menjadi qudwah

berbeza dgn posmen... posmen hanya menyampaikan saje...

teruskan...

Bila dikatakan utusan Allah dan pembawa rahmat ke seluruh alam, maka harus bg kita utk mengikuti jejak langkahnya dan yg paling penting ialah mencintainya...

"To love Prophet is to l0ve 4JJ I "

Just follow the SUNNAH...by
~study seerah nabawiyyah
~know every dicipline of knowledge is related to sunnah
~every deed should be following path of sunnah

The biggest sunnah is Da'wah!...

(melayu semula)
dakwah bukan hanya tanggungjawab nabi je... Kita sebagai umatnya kena teruskan perjuangan..

"hendaklah ada segolongan di antara kamu(org yg beriman) yg menyeru kpd maaruf dan mencegah mungkar"

kalau kita berdakwah tp still tak ada org yg ikut, still UNTUNG lo... Usaha adalah nilaianNya manakala keJAYAan adalah tentuanNya...

when we love him, that means we love HIM too...when we love HIM (azza wajalla), HE will love us and forgive our sins... [Ali Imran: 31]

*******

"Akulah Pewaris dakwah ini, aku mencintaimu Ya Rasulullah"

Justeru, gerakkan dakwah, ikutilah sunnah, jaga had2 Allah...Moga pancaran dakwah ini terus kekal ke yaumul Qiyamah...Moga kita berada di dalam rombongan Rasulullah...



Ahad, Mac 01, 2009

diriku sekadar merapu, harap mereka tak termanggu


ku merasakan perlu untuk ku memberi sedikit kalam kpd adik2ku...bila nak cakap kat depan waktu perbarisan...kena lengkap berpakaian seragam...tak bawak baju no4 apatah lagi no3...ku hanya tuck-in dan meminjam kasut dari staf seperjuanganku, yus... ditambah dengan tali pinggang emas KRS yang sudah sedia ada di pinggangku tanpa memakai topi mering yang ada logo krs... boleh jelah...yang penting aku kena bagi tahu apa yang patut mereka tahu...

******
adam(anak pakcik azland) memanggil, ada abang staf sarjan nak cakap sikit...

Assalamualaikum, semua!

"Waalaikummussalam, encik(staf sarjan)!"

Apa kabar?!

"Baik, encik!"

Ana...(erm..silap dlm krs yg formal kene gunakan kata ganti nama diri 'saya') Saya mewakili abang2 form 5 utk merapu pada pagi ni...

alhamdullilah... program yang dijalankan sekali setahun ni...bagi saya berjalan dengan agak lancar... puas hati gak skit...tak byk skit je...

Harap program ni dpt jdkan antum sbgi bukan lans, koperal mahupun sarjan...tapi syabab dan fatayat yang berkualiti...

Program ini yang diadakan sesama antum sahaja form 3...antum akan lebih mengenali kawan2 antum setelah antum tidur, masak, jalankan aktviti bersama-sama...

Rasulullah pernah bersabda: Pemuda adalah sebahagian drpd GILA...(ayat paltel)
Senang cite antum sume ni mengGILA... kalau kita lihat balik apa yang antum sume dah buat sejak dari petang semalam hingga ke pagi ni...


Kawad,BaSeD, PT, qiam jamaie...dan lain-lain...tidur dahlah sekejap...gempak gak antum ni...
seorang remaja tu kalau dia ingin buat sesuatu benda, dia akan buat bersungguh2...
Beri satu tepukan untuk diri sendiri...(terdengarlah tepukan yang byk kalinya)
apsal byk...kan suruh satu tepukan je... tulah kena dengar arahan

Ana...saya nak tegur sikit psl patuh pd arahan ketua...saya lihat terutama banin kurang patuh pd arahan ketua...betul x?!

terdengar jawapan "BETUL"!!

yang terakhir...(ku melihat kertas yg aku tulis tadi isi yg aku nak merapu)
Antum ni f3, harapan sekolah...kalau nak nilai sesebuah sekolah itu gempak baik atau tak... org akan lihat f3 dan f5 dr segi akademik dan akhlak...

Jangan jd mcm kami..abang2 ni...kami dah terlambat...antum lah yg akan meneruskan...
bukan sekolah yang membawa antum tapi antumlah yang akan membawa sekolah ini ke arah tuju yang betul...inilah yang paling kami harapkan...


Ku merenung semua juniorku yang berdiri dlm keadaan senang diri...menarik dan melepaskan satu nafas dan...

"ini saja dr saya, harap antum dpt ambil apa yang baik dan menggilapkan mutiara yg berada dlm setiap diri antum.."

ku memandang fariDUNaim(penghulu perbarisan penutup) dan mengangguk lalu mengundur diri...

ku merasakan bebanan yang kupikul kini telah ringan sedikit...



Isnin, Februari 23, 2009

lagu sukan sekolah yg kian dilupain

skang kat al-amin tengah sibuk ngan sukan...
karnival sukan yang kemuncaknya akan berlangsung pada
3-4 mac 2009...
MERAH..biru...kuning....hijau
(merah di'bold', dihurufbesarkan...sbb diriku rumah merah..lol)

semua rumah sukan dijangka ada lagu masing2 sama ada direka atau edit...trademark bukan main lagi en...inilah dinamakan semangat keRUMAHSUKANan...bukannya semangat keSUKANan...tapi x kisah ar...asalkan kuar peluh...


bawah ni merupakan lagu sukan yang direka sejak mula-mula sekolah ini mengadakan karnival@hari sukan.....ayuh imbas....

Kami pemuda pemudi Islam
Menjunjung tinggi ukhwah Islam
Dan berusaha untuk menguatkannya
Agar hidup selalu bahagia

Berjuang ku tetap berjuang
Tak peduli dengan arus yang datang
Hujan dan panas bukanlah penghalang
Allah itu Pengasih dan Penyayang

Berkorban harta dan tenaga
Untuk membina agama yang benar
Serta beramal dengan ajarannya
Kesihatan antara tuntutannya

*******
lagu yang menaikkan semangat kalo dialunkan dengan berSEMANGAT

~hhuuuusshhhh....tahun akhir kot diriku berRUMAH SUKAN...
mse f2&f3...diriku berumah kuning....
mse f4...BIRU dapat no2
dan skang MERAH....membara..mara...menyerlah jauh...JUARA!!!takbir!!!

Sabtu, Januari 31, 2009

abg sayang... adik2!!



"sebab ape?! sebab apa abg buat cam ni?! sebab abg sayang...adik2!!"

*********

tika usrah...diriku sering bertanyakan khabar mereka tuk lebih mengenali...cuba...cuba untuk memahami mereka...memahami hati mereka...membantu mereka...membimbing mereka...


sebagaimana seorang ayah yang memahami kerenah anaknya...pabila anaknya buat kepala...maka wajib untuk sang ayah mencegah sama ada dengan teguran, nasihat, amaran atau apapun tindakan yang wajar...macam tulah gak diriku...yang senior...yang sering dipanggil ABANG...patut demi kesedaran adik2...demi tak nak melihat adik2 ikut jejak abg yang agak hipokrit dan pada umur seperti adik2 dulu masih terngiang2 dan tak mempamerkan kematangan di usia yang sudah remaja...masih tak mengerti keadaan dunia remaja...

"Abang nak adik2 tolonglah hormat mlm dan mlmh...kita sebagai orang yang belajar...yang menuntut ilmu daripada mereka...layakkah kita kurang ajar pada mereka...jgnlah kurang ajar pada guru...kalau tersakitkan hati guru...cepat2lah mintak maaf...carilah keBERKATan ilmu itu..."

"Abang nak adik2 cepat2lah memahami dunia menengah(remaja)...serius lebih sedikit...cuba..cubalah berfikir matang...tak pun berfikir untuk matang..."

"Abang juga nak adik2 tak main2 dalam solat...lagi2 solat jumaat...masa khutbah,janganlah bercakap apa lagi buat bising...janganlah biar adik2 yang lebih muda dr antum ikut kerenah antum yang bermacam-macam tu apatah lagi menjadi sampah(lebih teruk)..."

"dan yang paling abang harap...adik2 dapat kekalkan imej al-amin...kekalkan 2 benda yang berharga tu...jangan biarkan adik2 selepas antum sekadar menjadi buih2 di lautan al-amin..."

"Abang takut nak keluar dari al-amin...abang sayang kat al-amin....sayang pd penghuninya...sayang akan adik2...bila abang dah tak ada kat sini...abang nak adik2 pandai membawa diri mahupun kawan2...saling bantu-membantu demi ummah...jadikan al-amin sebagai tempat untuk menggilap mutiara yang terperangkap di dalam tiram diri adik2..."

"bila abang datang kat sekolah ni pada suatu hari...bila adik2 dah bergelar senior...abang nak tengok al-amin ni dah S.M.A.R.T.=

Seimbang&Steady.Mantap.Aman.cemeRlang&maRa.Teguh lagi Tenang. "



"abang tak kisah kalau adik2 tak menghormati abang ni...tapi tolonglah jgn pada guru2 apatah lagi pada Sang Pencipta...abang nak mintak maaf kalau abang ada buat salah ataupun sakitkan hati ke...abang ASIF... kalau adik2 benci abang pun abang tak kisah...tapi abang sayang...ADIK2..."


*********

dedikasi kepada juniorku...:

terutamanya: anak buah usrahku

0.Aizuddin
1.Wan Adham
2.Ridhuan Hanif
3.Sofwan Afifi
4.Muhammad
5.Amzar Syimir
6.Ikram

dan adik2 form2 2009


Jumaat, Januari 09, 2009

yang pertama untuk 09

alhamdulillah...akhirnya ku mendapat kekuatan gak untuk menggerakkan jari-jemariku menaip post ni...

2 minggu sudah berlalu...ini yang pertama untuk 09...

diriku kembali menjejakkan kaki ke sekolah yang ku amat sayang dan ku sedikit terharu mengenangkan memoir aku dan sekolahku ini...ku antara yang setia (10 tahun di institusi ini)... ada sedikit bangga yang beralun dengan syukur dalam diri ini kerana ku insan yang terpilih dan amat bertuah untuk berada di sekolah yang dihiasi dengan 2 benda yang indah yakni Biah Solehah dan Tarbiyah...

*******

ku mengorientasikan diriku untuk tahun ini kerna ku telah bergelar senior dan seringkali dipanggil ABANG... ya aku cuba membiasakan biah itu....ku mula berfikir dan bermonolog kepada diriku dengan tanda tanya...'apakah sumbangan ku untuk sekolah yang aku langkahkan kakiku tiap2 hari ini???apalah sangat yang aku sumbangkan...

'apa yang aku dapat di sini?!selama 10 tahun di sini...sejak dari ku baru bergelar mumaiyiz sehinggalah ku sekarang yang sepatutnya bersikap lebih matang dewasa ini... adakah aku akan AMALkan apa yang aku tahu ,apa yang aku belajar???sedangkan AMAL itu merupakan kalimah ketiga tertera di motto sekolah ku ini...berILMU berIMAN berAMAL...dan lagi penting adakah ketiga-tiga ini sudah menjadi satu batian dalam diriku...??


ini tahun terakhir untuk aku bergelar seorang insan yang menuntut ILMU di institusi AL-AMIN...tapi adakah aku benar2 mengerti erti menuntut ilmu itu sendiri.......dah 10 tahun dah aku di sini...menuntut ilmu la konon...tapi adakah aku menuntut ilmu atau sekadar menjadikan sekolah ku ini sebagai tempat rutin untuk aku singgah tiap2 hari...~hhhuuusshhh....hakikatnya ku kurang sekali memperbaharui niatku ke sekolah....

********


bagaimana pula ngan hak teman seperjuanganku dan tenaga pengajar...adakah aku telah memenuhkan 'tupperware' pembelajaran ku di sini dengan menjalankan hak2 mereka... ku menjawab persoalan yang ber'option'kan ya atau tidak dengan mem'bulat'kan pada tidak
ku yakin ku belum sepenuhnya...masih sempatkah aku....????yang lebih penting lagi aula...
ku ingin mencari lantas memperolehinya...di mana keberkatan itu...???

*******

ku masih merenung dalam sambil bertontonkan sebuah bangunan tiga tingkat yang aku sering banggakan itu...



Sabtu, Oktober 25, 2008

sambutan raya kat sekolah...

lagi +/-6hari baki syawal...24 syawal 1429H...
sekolah al-amin kita telah mengadakan sambutan raya di peringkat sekolah...
di'conduct' oleh bebudak form3 yang baharu 'merdeka'...dari sekse-pekse...


mula-mula...kumpul kat dewan...ada macam majlis lu ar...biasa la...
ada ucapan ibu Pengetua kita dan seterusnya ada macam persembahan yang ada juri...
team first persembahkan lakonan 'apple'... jalan cite dah leh jangka...tapi agak lawak apabila dilakonkan oleh orang ber'bakat'...kemudian ada macam lakonan pantun teka-teki yang agak bosan...dan tak ade kena-mengena ngan raya...bro Halim mula buat bising dan berusaha untuk mengskipkan@percepatkan persembahan tersebut supaya habis lebih awal...tapi tak pe..mungkin mereka tak cukup latihan...semalam baru berlatih...lepas tu, ada nasyid...oleh nu'man & the gang...
agak lari key..tapi fariDUNnaim berjaya mengHARMONYkan...

KU bersama bebudak kemeje...

ha..ha...saat yang dinanti-nanti akan hadir...jamuan raya lak... diriku dan ikhwah sederetku mula menyerang rumah sendiri sebab kelas kami macam-macam ada...dengan memenuhkan suku perut je...kami mula bergerak untuk memulakan penjajahan je atas kelas-kelas lain...

meng'top-up' perut yang kosong...

first nak gi form 5 tapi kelas mereka tak ready lagi...lantas kami gerak ke kelas-kelas menengah rendah...yang smart nye kami bergerak sambil mengalunkan selawat...

lepas satu-satu kelas kami serbu...free space dalam perut kami penuh...ada yang surrender...pi tandas...pi tidur...yang tinggal hanyalah yang tabah dan mempunyai USB@external hard disk untuk mengisi lagi...kerna bangunan sekolah rendah masih belum dijajah oleh kami...

gerakan penakluk:solallahu 'ala muhammad...

hari yang penuh nikmat dengan kelazatan makanan...alhamdulillah...hanya apabila dah sendawa...~huussh...penat-penat...di masjid...agak ramai ikhwah sederetku syahid dek kala khutbah bergema...alhamdulillah...Yang Maha tak tidur dan letih tidak memejamkan mataku dan memberikanku insomnia untuk berjaga dan mendengar khutbah kerna ianya syarat sah bai...

alhamdulillah lagi sekali kerna hari tu boleh balik awal sekitar 2.30 petang...masa untuk diriku menyerang,menyerbu dan menjajah katil hingga ke asar...

Sabtu, Oktober 18, 2008

konvoi raya...

Assalamualaikum...kami datang nak raya...

first target:rumah Ummi Ros


next target: rumah mlmh Norlida...

alamakk...kat sinie lupa amek gamba ar sbb makanan enak yang teramat tapi lemak bak kata yan.

target ketiga: rumah mlmh Mar...giler ar...perut dah berkeroncong..Ramai dah surrender...di sini...


last target bagi diriku: Mlmh shikin Tahir...hanya tinggal 9 orang je yang tinggal untuk meneruskan hingga ke sendawaan terakhir...aku bangga aku sampai ke peringkat nie...sikit lagi nak masuk quarter final(the last-8)...

target yang terakhir bagi mereka yang tabah menghadapi ujian:rumah mlmh bio(ade h/w x?) ...mlmh rohida...

dengar cite sampai maghrib baru abis konvoi...~HUSSH...tabah betul...


Ahad, Oktober 12, 2008

Rumah terbuka Ibn Tufail

Baru 12 syawal...banyak jemputan rumah terbuka...Kelas 4 Ibn Tufail tak terkecuali...

Majlis yang sepatutnya bermula jam 9.00 pagi terpaksa didelayed jam 10 pagi kerana kehadiran yang agak 'ramai'.Majlis bermula dengan bacaan Al-Quran oleh Adek Iyadh Bin Abdul Haris diikuti dengan ucapan Mama Hasma yakni guru kelas kami dan ucapan wakil ibu bapa serta ucapan dari abang KU kita yang amat berusaha mencari point nak cakap apa sebelum bagi ucapan tersebut.



Cam biasa...lepas tu makan....nasi tomato yang diorder dari Nilai terlewat sikit tapi takpe ada lemang kuih raya...kek...dan air sirap spesial.Sambil-sambil makan yan and the gang persembahkan nasyid...cam biasa ar...artis jemputan ialah Muhammmad(anak ummi Ros) dan Fawwaz(anak Mama Hasma).



Hos yang begitu pandai berinteraksi dengan hadirin hadirat merupakan kespesialan majlis ini...ada temu bual dengan mak cik,pak cik,anak-anak kecil serta tenaga pengajar, cabutan bertuah...



Slide yang ala kadar tapi masih boleh dilihat dengan mata kasar kerna baru dibuat sebelum majlis bermula...di sini segalanya terkantoi ape cer kita kat sekolah...

Nasi tomato sampai...dan begitu jugak ngan geng konvoi raya(Bebudak Ibn Khaldun)...yang baru saja selesai beraya di rumah MJ...Mengikut laporan salah seorang yang terselamat...mereka akan beraya ke empat buah rumah lagi..dan diinform kepada diriku bahawa rumahku menjadi salah satu target...Ha! kuih raya je la..yang ada...yang lain tak de...Tapi disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari sampai ke petang...hujan masih lebat saat ku menetaip post ni...jadi ke? mereka datang ke rumah yang serba kekurangan suasana raya dan kuih raya nak habis...


Majlis dilabuhkan dengan bacaan doa oleh SU sekolah dan diakhiri dengan dengan Tasbih Kaffarah dan surah Al-Asr tapi sebelum itu ada macam Taaruf warga Ibn Tufail kepada mak bapak yang ada kat situ...biar mak cik,pak cik,bakal mertua, guru dan anak-anak kecil tahu siapa di sebalik tabir Ibn Tufail....

Nasi tomato banyak lebih...ku tapau sikit...

Sabtu, Oktober 11, 2008

al-amin futsal raya


Futsal...hu..dah lama dah tak main... kaki macam kaku nak rembat bola...lagi-lagi guna adidas absoludo...

*******

11 syawal 1429H...Unofficial al-amin futsal raya open telah dianjurkan oleh Al-Amin Football Confederation dengan kerjasama Biro KoKu bertempat di Aktif Futsal.

Tournament yang sepatutnya bermula jam 10 pagi sharp tidak kesampaian kerna ramai yang datang agak 'awal' dan kerjasama yang agak 'mudah dikontrol'..bermula pukul 10.20++am.Hanya 5 team sahaja yang mengambil bahagian dalam tournament ini.2 team form 1,2team form 2 dan 1 team form 4.Form 3 dan 5 tak ikut serta kerna masing-masing ade PMR dan study untuk SPM.Pitch yang hanya ditempah untuk 2 jam terpaksa dilanjutkan sehingga pukul 12.45++..
.nasib baik abang yang jaga kaunter tu baik...

********

Team yang wujud di tournament ini ialah:

  1. '95 United FC(form1)
  2. Legend FC(form1)
  3. Al-Fateh(form2)
  4. Tangan bengkok FC(form2)
  5. Keledek(form 4)

Tournament dijalankan secara liga:



Al-Fateh

’95 united

Legend FC

Tangan Bengkok

Keledek

1.Al-Fateh

-

2-1

2-1

1-2

2-3

2.'95 United FC

1-2

-

1-1

0-3

2-4

3.Legend FC

1-2

1-1

- 1-4

1-5

4.Tangan Bengkok

2-1

3-0

4-1

-

4-2

5.Keledek

3-2

4-2

5-1

2-4

-


Dan mata yang berjaya dikutip oleh team yang participated ialah:

  1. '95 United FC-1 mata
  2. Legend FC- 1mata
  3. Al-Fateh-6 mata
  4. Tangan bengkok FC-12 mata
  5. Keledek-9 mata

Dengan ini bahawa sanya team Tangan bengkok FC merupakan Johan bagi tournament yang tak wujudnya hadiah...sebab bajet lari...tempat kedua ialah Keledek dan tempat ketiga ialah Al-Fateh dan '95 united dan Legend berkongsi mata.

*******

Tournament yang dianjurkan ini insya-Allah merupakan satu proses tarbiyyah jasmani bak kata Abang Pal Tel . Akhir kata, BerRIADHAH kerana Allah dan maju ISLAM melalui sukan serta diharap setiap tetes peluh tak akan sirna ditelan masa.






Isnin, Oktober 06, 2008

Kembali kepada FITRAH...


Hari raya Aidilfitri....
aidilfitri pada bahasa bermaksud kembali kepada FITRAH...

Ini kerana selepas mengharungi sebuah madrasah yang barakah...dan bulan maghfirah...
Amat beruntunglah bagi mereka yang diAMPUNkan DOSA...dan ramadhan meninggalkan mereka dengan DOSA yang telah burn...dan mereka seperti insan yang baru sahaja dilahirkan di alam dunia yang bersih dari segala noda dan dosa....
inilah yang dikatakan fitrah...mereka kembali kepada fitrah manusia di mana manusia itu pada asalnya bersih lagi suci dari sebarang coretan dosa dan calaran maksiat...fitrah manusia juga yang suka kepada benda yang baik dan benci pada perkara buruk, suka beramal dan benci membuat maksiat, suka akan kecantikan benci pada keburukan...MengESAkan Allah dan tak sekutukanNYA....

tetapi CELAKA dan RUGI bagi mereka yang tak diampunkan DOSA kita...pada ramadhan

Adakah kita layak untuk menyambut lebaran sepanjang syawal yang masih banyak berbaki....?
Adakah kita sudah kembali kepada fitrah lantas layak menyambut Raya Fitrah...?

Ada 2 kegembiran pada Hari Lebaran...pertama, gembira sebab kembali kepada fitrah...dan kedua ialah gembira kerana ramadhan dah pergi...dan tak perlu penat2 puasa...

Kegembiraan kita terletak pada mana satu??

Ramadhan mendidik kita berDISIPLIN...Bangun awal untuk sahur boleh sekalikan dengan qiam...Tilawah & Tadarus Al-Quran...dan banyak la lagi...pikir sendiri ar...

Tapi adakah benda yang sebegini diteruskan...
Jika diriku...jawapannya TIDAK...Aku GAGAL...baru seminggu berlalunya ramadhan,aku dah 'colapsed'...KENAPA??? Tepuk dada, Tanya Iman...