Jumaat, Januari 09, 2009

yang pertama untuk 09

alhamdulillah...akhirnya ku mendapat kekuatan gak untuk menggerakkan jari-jemariku menaip post ni...

2 minggu sudah berlalu...ini yang pertama untuk 09...

diriku kembali menjejakkan kaki ke sekolah yang ku amat sayang dan ku sedikit terharu mengenangkan memoir aku dan sekolahku ini...ku antara yang setia (10 tahun di institusi ini)... ada sedikit bangga yang beralun dengan syukur dalam diri ini kerana ku insan yang terpilih dan amat bertuah untuk berada di sekolah yang dihiasi dengan 2 benda yang indah yakni Biah Solehah dan Tarbiyah...

*******

ku mengorientasikan diriku untuk tahun ini kerna ku telah bergelar senior dan seringkali dipanggil ABANG... ya aku cuba membiasakan biah itu....ku mula berfikir dan bermonolog kepada diriku dengan tanda tanya...'apakah sumbangan ku untuk sekolah yang aku langkahkan kakiku tiap2 hari ini???apalah sangat yang aku sumbangkan...

'apa yang aku dapat di sini?!selama 10 tahun di sini...sejak dari ku baru bergelar mumaiyiz sehinggalah ku sekarang yang sepatutnya bersikap lebih matang dewasa ini... adakah aku akan AMALkan apa yang aku tahu ,apa yang aku belajar???sedangkan AMAL itu merupakan kalimah ketiga tertera di motto sekolah ku ini...berILMU berIMAN berAMAL...dan lagi penting adakah ketiga-tiga ini sudah menjadi satu batian dalam diriku...??


ini tahun terakhir untuk aku bergelar seorang insan yang menuntut ILMU di institusi AL-AMIN...tapi adakah aku benar2 mengerti erti menuntut ilmu itu sendiri.......dah 10 tahun dah aku di sini...menuntut ilmu la konon...tapi adakah aku menuntut ilmu atau sekadar menjadikan sekolah ku ini sebagai tempat rutin untuk aku singgah tiap2 hari...~hhhuuusshhh....hakikatnya ku kurang sekali memperbaharui niatku ke sekolah....

********


bagaimana pula ngan hak teman seperjuanganku dan tenaga pengajar...adakah aku telah memenuhkan 'tupperware' pembelajaran ku di sini dengan menjalankan hak2 mereka... ku menjawab persoalan yang ber'option'kan ya atau tidak dengan mem'bulat'kan pada tidak
ku yakin ku belum sepenuhnya...masih sempatkah aku....????yang lebih penting lagi aula...
ku ingin mencari lantas memperolehinya...di mana keberkatan itu...???

*******

ku masih merenung dalam sambil bertontonkan sebuah bangunan tiga tingkat yang aku sering banggakan itu...



Tiada ulasan: