Ahad, September 28, 2008

nak 2 tapi 1 pun tak dapat...

Malam 28 Ramadhan...1429H...
biar pun bukan malam ganjil dalam sepuluh malam terakhir...
ku men'setting' niat untuk pergi ke masjid jam 3.00 pagi beriktikaf...



Malam 28 September...2008M...
Malam ahad di mana seperti biasa...
match-match EPL sentiasa terpahat kukuh di ingatanku...
arsenal vs. Hull...merupakan match yang aku target untuk tonton sampai full-time..
match yang mula secara langsung di ESPN bermula jam 12.30malam...


Malam berlabuh lewat...
ku masih bersengkang mata melawan keNGANTUKan yang melanda diriku...
jam menunjukkan jam 1.15 pagi...
Half time dan bola masih tidak menggegarkan gawang...
ku bajet nak memejamkan mataku untuk 15 minit sementara menanti second half...
kerna sudah fitrah manusia perlu berehat...

"Wal laili libasa"

ku pun berlayar dalam tidurku...

kring....kring....kring....kalau jam loceng berbunyi...(aku tak guna jam loceng)
lagu selawat...Thola'al Badru 'alaina...telefon 'genggam'ku berbunyi...[telefon genggam(Bahasa Indonesia)=telefon bimbit]

jam menunjukkan pukul 4.30 pagi...
lagi 1/2 jam untukku bersahur bersama usrati...
haaaaaaaa...hush~ku mengeluh resah dan kesal....

dah tak sempat nak ke masjid....lewat 1jam lebih...
padahal ada lebih kurang +/-30 minit, mungkin sempat bagi sesetengah insan, tapi aku tidak kerana aku mengambil masa yang lama untuk menggeliat dan ke bilik air untuk menyegarkan diriku yang telah diikat dengan nikmat tidur di atas tilam katil yang empuk...

husshh~ku mengeluh...
dengan masa yang berbaki...ku pun melaksanakan solat witir yang belum terlaksana kerna ku tidak mendirikan solat sunat tersebut selepas tarawih....

******

aku tidak dapat menonton match sampai full-time dan yang paling penting aku tak dapat ke rumah Allah....dua-dua tak dapat....
Tu la..Bajet tak nak tidur....tapi aku masih seorang insan yang lemah yang mungkin wajib untuk diriku berehatzzz....

berita yang lagi 'best' ialah kelab yang ku support kalah...
yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran....
utamakan yang lebih penting daripada seronok....

*******
"Manusia yang cemerlang ialah manusia yang fokus dalam melakukan kerja yang lebih penting walaupun tidak seronok sementara manusia yang lemah ialah manusia yang fokus melakukan kerja yang seronok walupun tidak penting"...-dipetik dari kata2 hikmah terpampang di dinding kelas 3 al-ghazali



Tiada ulasan: