Ahad, September 14, 2008

simpan je duit tu...

Ku berdiri kaku dan sedikit tergamam apabila ayahku berkata...

"Simpan je duit tu...ayah bayar"

******

duit raya yang baharu ku jumpa setelah sekian lama terperap dalam laci berkunci... ber'rat-rat'
juga ar...

ku ambil kuputusan untuk membeli barang sukan yang branded tu...

Pagi sabtu...selepas habis bengkel photoshop yang dikendalikan oleh abg yan...

ku mengajak ayahku pergi ke Al-ikhsan...ku cakap nak beli bneda sikit...

Ayahku menyoal..."ada duit ke ni??"

ku menjawab spontan.."ada.."

di ikhsan...aku menengok-nengok & memilih barang yang patut ku beli...

akhirnya aku tahu yang aku menginginkan sebuah jersi...


dan sepasang kasut futsal....



selepas mencuba dan mencari saiz yang sesuai...
aku terus pergi ke kaunter...untuk membayar sendiri...dengan duit aku...(konon je)

baru ku perasan duit aku tak cukup untuk membayar jumlah wang yang terpapar di mesin wang....

aku berkata kat ayahku yang duit tak cukup...(muka seposen terukir di wajahku)

ayahku senyum dan berkata...

takpe...ayah bayar....simpan saja duit tu......masuk akaun tabung haji.......

hu...terkaku diriku sejenak....walaupun hatiku ni melonjak-lonjak....

*******

aku menganggap semua ini rezeki dari Yang Maha Pemurah walaupun ku tahu ianya hanyalah setitis daripada lautan nikmat yang Sang Pemberi Nikmat kurniakan kepada diriku...

ALHAMDULILLAH...
(biasa ar manusia dapat benda best baru nak bersyukur sedangkan benda2 yang biasa yang sebenarnya cukup besar dan berguna seperti pancaindera...manusia kurang bersyukur...diriku tak terkecuali)

Tiada ulasan: