Sabtu, Oktober 11, 2008

al-amin futsal raya


Futsal...hu..dah lama dah tak main... kaki macam kaku nak rembat bola...lagi-lagi guna adidas absoludo...

*******

11 syawal 1429H...Unofficial al-amin futsal raya open telah dianjurkan oleh Al-Amin Football Confederation dengan kerjasama Biro KoKu bertempat di Aktif Futsal.

Tournament yang sepatutnya bermula jam 10 pagi sharp tidak kesampaian kerna ramai yang datang agak 'awal' dan kerjasama yang agak 'mudah dikontrol'..bermula pukul 10.20++am.Hanya 5 team sahaja yang mengambil bahagian dalam tournament ini.2 team form 1,2team form 2 dan 1 team form 4.Form 3 dan 5 tak ikut serta kerna masing-masing ade PMR dan study untuk SPM.Pitch yang hanya ditempah untuk 2 jam terpaksa dilanjutkan sehingga pukul 12.45++..
.nasib baik abang yang jaga kaunter tu baik...

********

Team yang wujud di tournament ini ialah:

  1. '95 United FC(form1)
  2. Legend FC(form1)
  3. Al-Fateh(form2)
  4. Tangan bengkok FC(form2)
  5. Keledek(form 4)

Tournament dijalankan secara liga:



Al-Fateh

’95 united

Legend FC

Tangan Bengkok

Keledek

1.Al-Fateh

-

2-1

2-1

1-2

2-3

2.'95 United FC

1-2

-

1-1

0-3

2-4

3.Legend FC

1-2

1-1

- 1-4

1-5

4.Tangan Bengkok

2-1

3-0

4-1

-

4-2

5.Keledek

3-2

4-2

5-1

2-4

-


Dan mata yang berjaya dikutip oleh team yang participated ialah:

  1. '95 United FC-1 mata
  2. Legend FC- 1mata
  3. Al-Fateh-6 mata
  4. Tangan bengkok FC-12 mata
  5. Keledek-9 mata

Dengan ini bahawa sanya team Tangan bengkok FC merupakan Johan bagi tournament yang tak wujudnya hadiah...sebab bajet lari...tempat kedua ialah Keledek dan tempat ketiga ialah Al-Fateh dan '95 united dan Legend berkongsi mata.

*******

Tournament yang dianjurkan ini insya-Allah merupakan satu proses tarbiyyah jasmani bak kata Abang Pal Tel . Akhir kata, BerRIADHAH kerana Allah dan maju ISLAM melalui sukan serta diharap setiap tetes peluh tak akan sirna ditelan masa.






Tiada ulasan: