Isnin, Oktober 06, 2008

Kembali kepada FITRAH...


Hari raya Aidilfitri....
aidilfitri pada bahasa bermaksud kembali kepada FITRAH...

Ini kerana selepas mengharungi sebuah madrasah yang barakah...dan bulan maghfirah...
Amat beruntunglah bagi mereka yang diAMPUNkan DOSA...dan ramadhan meninggalkan mereka dengan DOSA yang telah burn...dan mereka seperti insan yang baru sahaja dilahirkan di alam dunia yang bersih dari segala noda dan dosa....
inilah yang dikatakan fitrah...mereka kembali kepada fitrah manusia di mana manusia itu pada asalnya bersih lagi suci dari sebarang coretan dosa dan calaran maksiat...fitrah manusia juga yang suka kepada benda yang baik dan benci pada perkara buruk, suka beramal dan benci membuat maksiat, suka akan kecantikan benci pada keburukan...MengESAkan Allah dan tak sekutukanNYA....

tetapi CELAKA dan RUGI bagi mereka yang tak diampunkan DOSA kita...pada ramadhan

Adakah kita layak untuk menyambut lebaran sepanjang syawal yang masih banyak berbaki....?
Adakah kita sudah kembali kepada fitrah lantas layak menyambut Raya Fitrah...?

Ada 2 kegembiran pada Hari Lebaran...pertama, gembira sebab kembali kepada fitrah...dan kedua ialah gembira kerana ramadhan dah pergi...dan tak perlu penat2 puasa...

Kegembiraan kita terletak pada mana satu??

Ramadhan mendidik kita berDISIPLIN...Bangun awal untuk sahur boleh sekalikan dengan qiam...Tilawah & Tadarus Al-Quran...dan banyak la lagi...pikir sendiri ar...

Tapi adakah benda yang sebegini diteruskan...
Jika diriku...jawapannya TIDAK...Aku GAGAL...baru seminggu berlalunya ramadhan,aku dah 'colapsed'...KENAPA??? Tepuk dada, Tanya Iman...

Tiada ulasan: