Ahad, Oktober 12, 2008

Rumah terbuka Ibn Tufail

Baru 12 syawal...banyak jemputan rumah terbuka...Kelas 4 Ibn Tufail tak terkecuali...

Majlis yang sepatutnya bermula jam 9.00 pagi terpaksa didelayed jam 10 pagi kerana kehadiran yang agak 'ramai'.Majlis bermula dengan bacaan Al-Quran oleh Adek Iyadh Bin Abdul Haris diikuti dengan ucapan Mama Hasma yakni guru kelas kami dan ucapan wakil ibu bapa serta ucapan dari abang KU kita yang amat berusaha mencari point nak cakap apa sebelum bagi ucapan tersebut.



Cam biasa...lepas tu makan....nasi tomato yang diorder dari Nilai terlewat sikit tapi takpe ada lemang kuih raya...kek...dan air sirap spesial.Sambil-sambil makan yan and the gang persembahkan nasyid...cam biasa ar...artis jemputan ialah Muhammmad(anak ummi Ros) dan Fawwaz(anak Mama Hasma).



Hos yang begitu pandai berinteraksi dengan hadirin hadirat merupakan kespesialan majlis ini...ada temu bual dengan mak cik,pak cik,anak-anak kecil serta tenaga pengajar, cabutan bertuah...



Slide yang ala kadar tapi masih boleh dilihat dengan mata kasar kerna baru dibuat sebelum majlis bermula...di sini segalanya terkantoi ape cer kita kat sekolah...

Nasi tomato sampai...dan begitu jugak ngan geng konvoi raya(Bebudak Ibn Khaldun)...yang baru saja selesai beraya di rumah MJ...Mengikut laporan salah seorang yang terselamat...mereka akan beraya ke empat buah rumah lagi..dan diinform kepada diriku bahawa rumahku menjadi salah satu target...Ha! kuih raya je la..yang ada...yang lain tak de...Tapi disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari sampai ke petang...hujan masih lebat saat ku menetaip post ni...jadi ke? mereka datang ke rumah yang serba kekurangan suasana raya dan kuih raya nak habis...


Majlis dilabuhkan dengan bacaan doa oleh SU sekolah dan diakhiri dengan dengan Tasbih Kaffarah dan surah Al-Asr tapi sebelum itu ada macam Taaruf warga Ibn Tufail kepada mak bapak yang ada kat situ...biar mak cik,pak cik,bakal mertua, guru dan anak-anak kecil tahu siapa di sebalik tabir Ibn Tufail....

Nasi tomato banyak lebih...ku tapau sikit...

Tiada ulasan: